Siakap Keli
Gambar: Bernama

“Jawatan Kosong Ada 2 Tapi Beratur Panjang,” Ini Kesilapan Ramai Buat Bila Nak Cari Kerja

Realiti dalam mencari pekerjaan tidak seindah yang dikhabarkan. Seiring dengan perkembangan waktu, kebanyakan sektor pekerjaan meletakkan kelayakan atau benchmark yang terlalu high demand misalnya pengalaman kerja bertahun-tahun bagi mereka yang masih fresh graduate.

Tak kerja macam mana nak ada pengalaman bukan?

Yang memohon juga bukanlah hanya kita sahaja dan datang daripada pelbagai latar belakang yang jauh lebih baik.

Tambahan lagi, setiap tahun kita menyaksikan ribuan graduan berjaya menamatkan pengajian daripada Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Lambakan bilangan graduan sudah semestinya menambahkan lagi persaingan orang ramai dalam merebut pekerjaan yang didambakan.

Namun pernahkah anda terfikir mungkin sepanjang proses memburu pekerjaan, ada kesilapan yang dilakukan dan mungkin kita sendiri tidak sedari?

Oleh itu, hari ini SK akan kongsikan beberapa kesilapan yang mungkin anda tidak sedari sewaktu menghadiri temuduga dalam sektor pekerjaan.

1. Tidak membuat research terlebih dahulu mengenai latar belakang syarikat yang dimohon

Sebenarnya amat penting kita membuat research terlebih dahulu sebelum hadir ke mana-mana temu duga bagi memastikan diri cukup persediaan.

Selok-belok sejarah penubuhan syarikat, bilangan organisasi, skop kerja dan perkara yang saling berhubung kait dengan syarikat perlulah difahami bagi memudahkan proses temu duga sekaligus menampakkan diri anda lebih bersedia.

2. Kurang menonjolkan diri 

Inilah saatnya untuk anda membuktikan mengapa anda layak dan berhak untuk mendapatkan sesuatu jawatan. 

Elakkan sikap ‘tanya sepatah jawab sepatah’. Ia sekaligus memberikan persepsi negatif kepada perwatakan dan kredibiliti anda pada mata penemu duga.

Kurang aktif dalam bersuara juga membuatkan diri tampak tidak menyerlah dan hanya akan dipandang sebelah mata sahaja. Jadi tonjolkan diri, jangan sia-siakan resume yang susah payah anda siapkan.

3. Etika pemakaian

First impression sewaktu proses temu duga pekerjaan sangatlah penting dan memberi impak. Ia ibarat cerminan diri sendiri.

Perhatikan pada surat panggilan jika ada arahan khusus mengenai tatacara pakaian ketika menghadiri temu duga. Berpakaian kusut, berkedut, kotor atau tidak sesuai boleh memberikan persepsi negatif kepada calon. Walaupun nampak mudah, namun aspek ini perlu dititikberatkan.

4. Tidak merebut peluang yang ada

Ramai antara kita yang lebih mendahului minat dalam sesuatu kerjaya hingga melepaskan peluang sedia ada.

Menunggu kerjaya impian kini bagaikan menunggu sesuatu yang tak pasti. Tambahan lagi, persaingan dalam pasaran tenaga kerja juga semakin tinggi. 

Memilih bagus untuk kebaikan diri namun harus bijak dalam merebut peluang yang terhidang.

Peluang hanya datang sekali sahaja. Jadi mengapa tidak cuba dahulu?

5. Ada 2 jawatan kosong sahaja, tapi tetap beratur panjang

Kebanyakan kita lebih tertarik dengan kerjaya yang menjadi tumpuan ramai hingga meningkatkan persaingan. Lebih-lebih lagi jawatan yang ditawarkan terhad untuk hanya beberapa orang sahaja.

Syarikat tawar 2 jawatan kosong sahaja tapi kita tetap pergi beratur panjang tanpa persediaan yang cukup. Berjam-jam menunggu, namun habuk je yang dapat.

Nak interview kerja bukan setakat mencuba nasib, tapi kena ada strategi dan persediaan yang cukup. Salah satunya ialah dengan mencari lubuk kerja yang pastinya menawarkan pelbagai jawatan sesuai dengan kelayakan dan minat anda seperti Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia.

Lebih 300,000 peluang pekerjaan

Program yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Bajet 2022 lalu mula dilancarkan bermula sejak 19 Februari 2022 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan dari pelbagai sektor, secara tidak langsung ia telah menurunkan kadar pengangguran negara. Statistik pengangguran pada Ogos 2021 menyaksikan sebanyak 4.6 peratus dengan lebih 748,800 orang menganggur.

Namun hasil data yang diperolehi baru-baru ini pada Mei 2022 menyaksikan kadar peratusan itu menurun kepada 3.9 peratus dengan lebih  637,700 orang sahaja yang menganggur.

Perkara ini bertepatan dengan dasar kerajaan melalui Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang bertujuan menurunkan kadar pengangguran. Inisiatif ini digerakkan dengan penyediaan 600,000 peluang pekerjaan pada tahun ini dengan peruntukan RM4.8 bilion.

Dalam pada itu, terdapat pelbagai karnival yang dianjurkan di bawah Jamin Kerja di seluruh negara. Terdahulu, berlangsung karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 bertempat di Kuala Selangor pada 3 dan 4 November 2022.

Antara insentif yang ditawarkan di bawah program ini adalah Insentif penggajian oleh PERKESO yang menyediakan lebih 300,000 peluang pekerjaan.

Selain itu, Program Kerja Jangka Pendek (MySTEP) juga menyasarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak malah kerajaan melaksanakan Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia) oleh HRD. 

Jadi apa tunggu lagi? Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Jaminan Kerja dan cara memohon, boleh klik DI SINI

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?