Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kisah "Darkside" Kerja Ahli Forensik Buat Ramai Meremang

Hannah
darkside forensik
Gambar: AI/ImageFX

Kisah "Darkside" Kerja Ahli Forensik Buat Ramai Meremang

Di dunia ini, ada pelbagai jenis pekerjaan yang menjadi sumber rezeki buat manusia.

Ada yang bekerja di pejabat berhawa dingin, ada yang mencari rezeki di tengah panas terik. Ada juga yang bertugas ketika kebanyakan orang sedang lena dibuai mimpi.

Tapi, pernah tak anda tertanya-tanya bagaimana kehidupan mereka yang bekerja dalam bidang forensik?

Bidang yang sering dikaitkan dengan siasatan kematian, bedah siasat dan pelbagai kes tragis ini sememangnya antara pekerjaan yang jarang diperkatakan secara terbuka.

Apa yang mereka lihat setiap hari? Apa cabaran paling sukar yang terpaksa mereka hadapi? Dan apakah sisi gelap pekerjaan itu yang tidak diketahui orang ramai?

"Apa darkside orang yang kerja jadi ahli forensik, nak dengar please..."

Persoalan itu dibangkitkan oleh seorang pengguna Threads menerusi satu hantaran ringkas.

Tidak disangka, soalan tersebut menerima ratusan komen daripada pengguna media sosial, termasuk individu yang pernah bekerja dalam bidang perubatan dan forensik.

Ada yang berkongsi pengalaman menyedihkan, malah ada juga cerita yang membuatkan bulu roma meremang.

"Paling sedih kalau post-mortem baby..."

Antara komen yang paling banyak mendapat perhatian ialah perkongsian mengenai kes melibatkan bayi dan kanak-kanak.

Seorang pengguna mengakui perkara paling sukar untuk dihadapi dalam bidang forensik adalah apabila terpaksa menjalankan bedah siasat terhadap bayi.

"Paling sedih dalam bidang forensik, kalau post-mortem baby ni. Tak sanggup nak tengok."

Walaupun hanya satu ayat pendek, ramai yang memahami betapa beratnya situasi tersebut.

Kisah warga emas meninggal sendirian

Satu lagi perkongsian yang menyentuh hati datang daripada seorang individu yang pernah bertugas sebagai pegawai perubatan forensik.

Menurutnya, antara kes yang paling sukar dilupakan ialah melibatkan seorang wanita warga emas yang tinggal bersendirian di kampung.

Mayat mangsa hanya ditemui selepas jiran menyedari lampu luar rumahnya tidak ditutup selama beberapa hari.

Apabila diperiksa, wanita itu sebenarnya sudah meninggal dunia lebih daripada dua hari.

Lebih menyayat hati, jiran-jiran hanya mula menyedari sesuatu tidak kena selepas melihat banyak ayam berkumpul di bawah rumah.

Rupa-rupanya, ayam-ayam tersebut sedang memakan ulat yang jatuh dari celah lantai rumah kayu itu.

Menurut individu berkenaan, kes seperti itu bukanlah sesuatu yang jarang berlaku.

Banyak warga emas ditemui meninggal dunia bersendirian tanpa disedari sesiapa sehingga jasad mereka mula mereput.

"Ini bukan the only case, banyak kali jumpa kes orang tua meninggal sorang-sorang sampai dah decomposed. Jadi, selalu-selalulah contact mak ayah di kampung."

Bukan semua 'luka' boleh dilupakan

Selain berdepan dengan mayat dalam pelbagai keadaan, ada juga petugas yang mengakui sesetengah kes memberi kesan emosi yang mendalam.

Terutamanya kes kemalangan jalan raya yang melibatkan kecederaan parah.

Menurut seorang pengguna, rakannya pernah menceritakan pengalaman seorang ahli keluarga yang bertugas dalam unit forensik.

Pada suatu hari, dia terlibat menguruskan mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan sangat teruk sehingga anggota badan mangsa perlu dikumpulkan satu persatu.

Walaupun tugas itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawab kerja, ia bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan.

Ramai netizen mengakui mereka tidak mampu membayangkan bagaimana petugas forensik dapat menjalankan tugas sedemikian hampir setiap hari.

"Not my story. Tapi my uncle PPK di bahagian forensik, one day dia terima mayat orang accident dekat terowong menora. Mayat hancur sebab kena lenyek dengan treler, tengah nak "sempurnakan" mayat, ada orang masuk dalam bilik tu tanpa buat apa-apa. "Orang" cuma tenung. Dia dengan kawan dia ingat waris mangsa. Sebab muka sebiji dengan mangsa. Dia toleh balik hilang orangnya. Bila tanya family ada ke waris yang masuk or kembar dia ke apa, family dia kata takde and mangsa anak tunggal takde adik beradik."

"Saya bukan kerja forensik tapi pernah ada kawan tempat kerja yang abang dia kerja forensik. Dia tinggal dengan abang dia. 1 hari tu, dia datang kerja dengan mata rabak macam tak cukup tidur, saya tanya kenapa? Dia pun cerita kena kacau, tak boleh tidur. Semalam ada accident hancur abang dia kena kutip daging tu satu-satu. Yelah, kalau dah kutip faham sendiri lah kan. Ada serpihan melekat kat seluar abang dia. Abang dia rendam seluar tu dalam bilik air, dia dengar orang menangis sepanjang malam minta tolong dari bilik air tu. So abang dia panggil ustaz setlekan."

Tak mudah

Hakikatnya, apabila bercakap tentang petugas barisan hadapan, ramai yang teringat doktor, jururawat, anggota polis atau bomba. Namun, petugas forensik juga memainkan peranan yang sangat penting.

Mereka membantu mengenal pasti punca kematian, mengumpul bukti penting untuk siasatan dan pada masa sama membantu memberikan jawapan kepada keluarga mangsa.

Di sebalik tugas itu, mereka berdepan pelbagai situasi yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Ada yang perlu melihat tragedi yang menyayat hati, mungkin juga ada yang berhadapan dengan kes yang meninggalkan kesan emosi bertahun-tahun lamanya.

Sumber:Threads