Siakap Keli
Tersilap Hantar Mayat
Gambar: The Thaiger

Tersilap Hantar Mayat Ke Upacara Pengebumian, Pihak Hospital Dakwa Wajah Hampir Sama

Tersilap Hantar Mayat Ke Upacara Pengebumian, Pihak Hospital Dakwa Wajah Hampir Sama

THAILAND — Satu insiden yang tidak diduga berlaku di wilayah Prachin Buri di tengah Thailand semalam apabila mayat seorang wanita dilaporkan tersilap dihantar ke majlis pengebumian, lapor The Thaiger.

Difahamkan, sewaktu ketibaan mayat, ahli keluarga mendapati mayat yang dibawa bukanlah ahli keluarga mereka yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Susulan itu, ahli keluarga menghubungi kakitangan hospital berkenaan dan mengesahkan bahawa berlaku kesilapan selepas menghantar mayat seorang wanita berusia 33 tahun.

Timbalan Pengarah Hospital Chaophraya Abhaibhubejhr, Dr Chatchai Klaisuban memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati kakitangan hospital itu secara tidak sengaja menyerahkan mayat yang salah kerana mempunyai wajah yang hampir serupa.

Tambahan lagi, abang kepada si mati turut tidak menyedari perkara tersebut dan dia memaklumkan bahawa tidak memeriksa dengan teliti akibat tergesa-gesa.

Difahamkan, pihak hospital dan abang si mati telah bertanggungjawab dalam insiden tersebut. Ahli keluarga mangsa difahamkan sudah siap menunggu di kuil Wat Sawang Arom di daerah Kabin Buri.

Sehubungan itu, pihak hospital akan membayar sebarang kos perbelanjaan dalam kejadian tersebut.

Sementara itu, waris kepada mayat terbabit dalam waktu yang sama sedang dalam perjalanan ke hospital berkenaan untuk menuntut mayat terbabit.

Kedua-dua belah pihak keluarga bagaimanapun telah kembali menuntut mayat akibat kesilapan yang berlaku.

Sumber: The Thaiger

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.