Siakap Keli
lelaki terapung bertapa

Lelaki Terapung Disangka Mayat Hanyut, Rupanya Sedang ‘Bertapa’

Lelaki terapung disangka mayat, rupanya masih hidup dan mendakwa sedang melakukan meditasi di dalam terusan yang dipenuhi dengan sampah-sarap.

Penduduk di sebuah penempatan di Bangkok terkejut apabila menemui badan manusia yang terapung disangka maya di dalam sebuah terusan. Namun, setelah didekati rupa-rupanya jasad itu milik seorang manusia masih bernyawa yang sedang bertapa atau bermeditasi, lapor Oddity Central. 

Memetik Oddity Central, menerusi sebuah rakaman video, tebing sebuah terusan itu dipenuhi dengan warga penduduk selepas melihat satu susuk tubuh terapung seakan-akan mayat di permukaan air longkang yang dipenuhi dengan sampah-sarap. 

Salah seorang daripada mereka telah turun ke dalam air untuk mendapatkan kepastian sama ada lelaki berkenaan sudah tidak bernyawa sebelum melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. 

Namun, sebaik sahaja seorang lelaki cuba menyentuh jasad berkenaan, dia terkejut apabila susuk tubuh yang dianggap mayat pada awalnya itu tersedar dan memberi reaksi dan bercakap, 

“Kami fikir bahawa dia sudah mati. Semua orang menjerit sebelum itu, tapi dia langsung tidak memberikan sebarang reaksi.

“Apabila ada seseorang cuba menariknya, baru dia memberikan reaksi bercakap dan beritahu bahawa dia sedang bermeditasi,” kata seorang anggota penyelamat, Sommatr Promvog, lapor Oddity Central. 

Memetik Oddity Central, selepas lelaki tersebut dikeluarkan daripada longkang tersebut. Kemudian dia diperiksa oleh pakar perubatan dan mendapati bahawa dia berada dalam keadaan sihat sahaja. 

Lelaki berkenaan telah di hantar pulang ke rumahnya dan dinasihatkan agar melakukan meditasi di tempat atau kawasan yang lebih sesuai. 

 

 

 

BACA: Dilepas Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah, Yasin Terlepas Hukuman Gantung

BACA JUGA: Tular Video Dipercayai Prank Tarik Tudung Wanita, Polis Sahkan Sudah Terima Laporan

Sumber: Oddity Central

Faiz Mustafa