Siakap Keli
Yasin terlepas hukuman gantung
Gambar via Sinar Harian

Dilepas Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah, Yasin Terlepas Hukuman Gantung

Dilepas Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah, Yasin Terlepas Hukuman Gantung

Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskan seorang komposer dan juga penyanyi nasyid, Muhammad Yasin Sulaiman daripada tuduhan mengedar dadah beberbahaya jenis ganja hari ini, Rabu, 6 Julai 2022, lapor Sinar Harian. Ia sekaligus menyaksikan dia terlepas hukuman gantung.

Menurut Yasin, hal tersebut merupakan satu perkembangan yang positif untuk dirinya. 

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya kepada media ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret pada Rabu.

Dalam pada itu, turut meluahkan rasa syukur , abang beliau, Zain Sulaiman dengan keputusan Mahkamah Majistret hari ini meskipun adiknya itu tidak dapat bersama-sama menyambut Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi. 

“Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.

“Saya harap rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yasin,” katanya, memetik Sinar Harian. 

Terdahulu, Mahkamah Masjistret melepaskan tanpa membebaskan Yasin daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram pada Mac lalu, sekaligus terlepas hukuman gantung.

BACA: Sri Lanka Mengaku Sudah Bankrup, 80 % Rakyat Terpaksa “Skip” Makan Kerana Harga Barang Melonjak

Sumber: Sinar Harian

Faiz Mustafa