Siakap Keli
Kredit: Instagram

25,000 Botol Sambal Nyet Terjual Sehari, Khairul Aming Buat “Sales” Lebih RM 375k Sempena Shopee 11.11

25,000 Botol Sambal Nyet Terjual Sehari, Khairul Aming Buat “Sales” Lebih RM 375k Sempena Shopee 11.11

Pempengaruh terkenal tanah air, Khairul Aming sekali lagi berkongsi khabar gembira bersama pengikutnya apabila 25,000 botol Sambal Nyet terjual sempena promosi Shopee 11.11.

Berita gembira tersebut dikongsikan menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di Instagram rasmi usahawan terkenal tersebut.

Susulan kejayaan menjual puluhan ribu botol Sambal Nyet dalam masa yang singkat tersebut, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang berterusan menyokong produk keluaran syarikatnya.

Beliau pada masa yang sama turut berkongsi angka jualan yang diperoleh sempena Shopee 11.11 itu. Menerusi hantaran berkenaan juga, beliau memaklumkan hasil jualan yang berjaya diraih menerusi penjualan 25,000 botol Sambal Nyet itu adalah sebanyak RM 375,779.58.

Katanya lagi, syarikatnya akan melakukan penghantaran secepat mungkin kesemua pesanan yang diterima itu.

 

Kredit: Instagram
Kredit: Instagram
Kredit: Instagram

Sambal Nyet keluran syarikatnya memang menjadi buruan ramai apabila seringkali terjual dalam tempoh yang singkat sebaik sahaja kemas kini stok di akaun jualan Shopeenya dibuat.

Walaupun sudah sekian lama dilancarkan, produk tersebut nyata mempunyai peminatnya yang tersendiri dan sentiasa mendapat sambutan sehingga ke hari ini.

Terdahulu, Khairul Aming turut mengumumkan bahawa pihaknya mengambil keputusan untuk membuka kilang kedua Sambal Nyet susulan sambutan hangat yang diterima oleh produk tersebut.

Ujar beliau melalui satu tweet, kilang kedua seluas 22,000 kaki persegi itu turut akan beroperasi di Kelantan. Kilang pertamanya sebelum ini adalah seluas 14,000 kaki persegi.

BACA: Jualan Cecah RM 14 Juta, Khairul Aming Buka Kilang Sambal Nyet Kedua

Sumber: Khairul Aming via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma