Siakap Keli
Sumber: MetaBallStudios

Ada Yang Dalam Melebihi 11 kilometer, Ini Perbandingan Laut Dalam Dengan Bangunan Tertinggi Di Dunia

Ada Yang Dalam Melebihi 11 kilometer, Ini Perbandingan Laut Dalam Dengan Bangunan Tertinggi Di Dunia

Pernahkah anda terfikir, seberapa dalamkah lautan terbentang luas di muka Bumi ini? Apakah piawaian untuk menentukan sesuatu kawasan itu dikira dalam atau sebaliknya?

Secara umumnya, sesuatu kawasan laut itu dikira laut dalam apabila kedalamannya melebihi 200 meter.

Dalam satu video yang di kongsi pengguna media sosial facebook oleh Aurora Borealis Observatory menunjukkan kedalaman sebuah lautan yang mudah untuk kita fahami.

Lebih menarik, penghasil video berkenaan menggunakan perbandingan dengan bangunan-bangunan tertinggi di dunia sebagai gambaran kepada kedalaman sesuatu kawasan laut dalam. Selain itu, turut dibandingkan juga ada dengan ketinggian gunung tertinggi di dunia, iaitu Gunung Everest.

Kredit: MetaBallStudios

Video tersebut bermula dengan Laut Azov, yang terletak di Eropah Timur dan mempunyai kedalaman purata hanya 23 kaki.  Kemudian ia turut menunjukkan beberapa struktur beberapa bangunan sebagai rujukan mengenai kedalaman lautan.

Di dalam video turut menunjukkan purata kedalaman Laut Timor adalah 270 kaki lebih dalam daripada Menara Effiel yang tinggi melebihi 1, 060 kaki.

Kredit: MetaBallStudios

Video kemudian memaparkan kedalaman purata laut-laut lain termasuklah kedalaman Laut Argentina, Lautan Artik dan Laut Hitam yang mempunyai kedalaman 4,000 kaki. Ada juga beberapa bahagian laut lain yang mencapai kedalaman melepasi angka puluhan ribu kaki.

Kredit: MetaBallStudios

Laut yang paling dalam di Bumi ialah Mariana Trench yang terletak di lautan pasifik barat yang mempunyai kedalaman 36, 000 kaki atau bersamaan 11,000 meter @ 11km.

Bagi mengetahui dengan lebih lanjut anda boleh melihat lebih terperinci mengenai kedalaman tersebut dengan menonton video di bawah ini.

Sumber: Aurora Borealis Obervatory via Facebook, Nerdist

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.