Siakap Keli
Kredit KDVR-TV

Pelanggan Nekad Gadai Keranda, Terkesan Dengan Krisis Kos Sara Hidup

Pelanggan Nekad Gadai Keranda, Terkesan Dengan Krisis Kos Sara Hidup

Sebuah keranda terpakai dilaporkan telah dijual di sebuah kedai pajak Pasternack, Aurora Colorado, Amerika Syarikat dengan harga RM 2,300, lapor Daily Star.

Keranda berwarna kelabu yang besar itu telah dipajak dengan pinjaman tunai pada awal tahun ini. Barangan tersebut merupakan yang paling pelik berada di kedai tersebut.

Salah seorang pekerja kedai itu, Scott Pasternack berkata, keranda itu merupakan salah satu barangan yang digadai oleh pelanggan kerana krisis kos sara hidup di negara tersebut yang semakin meningkat.

“Pinjaman kami telah meningkat selepas kegiatan ekonomi menjadi perlahan dan dalam masa yang sama orang ramai memerlukan wang,” kata Scott kepada pemberita.

Kredit KDVR-TV

Salah seorang pelanggan yang tidak mahu dikenali juga menjelaskan bahawa mereka terpaksa menggadai barangan mereka dengan lebih kerap daripada biasa.

“Dalam keadaan yang semakin sukar, kadar inflasi telah menyebabkan saya datang ke sini sebulan sekali untuk menjual barangan saya,” kata pelanggan tersebut.

Dalam krisis apa sekalipun, seseorang cenderung untuk mendapatkan manfaat. Pelanggan boleh mendapatkan tawaran harga murah daripada peningkatan jenis pilihan barangan yang terdapat di kedai pajak.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

“Anda tidak mampu membeli apa-apa kerana harga gas sangat tinggi sehingga harga barangan lain terpaksa dinaikkan. Makanan, insurans, semuanya.

“Harganya melambung tinggi. Anda tidak mampu membeli barang yang baharu,” kata seorang lagi pelanggan Roxi Kessler.

Di United Kingdom, The Guardian melaporkan bahawa kedai pajak gadai British telah kembali ke zaman yang lebih mudah selepas bergelut dalam Covid sebelum ini.

Mereka yang tidak mengeluarkan belanja semasa wabak tidak mempunyai keperluan untuk menggadai barangan. Namun pada Ogos lalu, laporan anekdot menunjukkan bahawa perniagaan broker telah kembali pulih.

“Saya tidak pernah melihat kadar pertumbuhan seperti ini. Saya seperti berada di wilayah yang baru.

“Saya fikir orang ramai berjaga-jaga dalam perbelanjaan kewangan mereka. Pelanggan pajak gadai amat bijak dan sering melancarkan aliran tunai mereka dan memastikan mereka mempunyai apa yang mereka perlukan,” kata Nathan Finch, pengarah urusan Pickwick di Ashford.

Sumber: Daily Star

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka