Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Polis Buru Suspek Pecah Rumah, Curi 19 Ekor Anjing Baka “French Bulldog”
Polis di Florida sedang memburu suspek yang memecah masuk sebuah rumah dan mencuri sebanyak 19 ekor anjing baka bulldog Perancis yang bernilai USD$100,00 (RM463,750) , lapor New York Post.
Suspek dilaporkan berjaya melarikan diri dengan menaiki kenderaan berwarna perak yang mengalami kerosakan pada bumper hadapan.
Memetik New York Post, kejadian tersebut berlaku ketika penghuni tiada di rumah iaitu sekitar jam 11.30 pagi.
Jabatan Polis Port St. Lucie sedang giat memburu pencuri yang memecah masuk ke dalam sebuah rumah di Port St. Lucie dan mencuri lebih daripada sedozen anjing baka bulldog Perancis itu.
Selain itu, pihak polis telah berkongsi beberapa gambar tempat kejadian yang menunjukkan tingkap rumah itu pecah di laman Facebook.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, laporan mengenai kecurian anjing bulldog Perancis semakin membimbangkan disebabkan oleh nilai harganya yang tinggi.
Anjing baka bulldog Perancis ini merupakan anjing kedua paling popular di Amerika Syarikat pada 2020 dan berharga antara USD$1,500 (RM6,973) hingga USD$4,500 (RM20,920)
Malahan, Kelab American Kennel juga mengatakan bahawa anjing tersebut popular di dunia terutamanya dalam kalangan penduduk bandar disebabkan oleh keunikannya.

Pada Julai lalu, sebanyak 9 ekor anjing telah dilarikan oleh pencuri di Long Island, California dan North Jersey, lapor New York Post.
Di samping itu, penyanyi popular Lady Gaga juga turut mengalami kejadian yang sama di mana dua daripada tiga ekor anjing bulldog Perancis miliknya telah dicuri namun, kemudiannya ia dikembalikan semula.
Justeru, polis Port St. Lucie meminta orang awam tampil ke balai polis sekiranya mempunyai sebarang maklumat mengenai anjing yang dicuri itu.
Sumber: New York Post