Siakap Keli
14 Buah Universiti Terbaik Di Asia Tenggara
Kredit: Bernama

5 IPTA & 1 IPTS Malaysia Tersenarai Dalam 14 Buah Universiti Terbaik Di Asia Tenggara 2023

5 IPTA & 1 IPTS Malaysia Tersenarai Dalam 14 Buah Universiti Terbaik Di Asia Tenggara 2023

QS World University Rankings® baru-baru ini telah mengeluarkan senarai universiti terbaik di dunia untuk 2023. Enam buah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan turut dipilih sebagai antara 14 buah universiti Asia Tenggara yang berjaya menduduki tempat tertinggi masing-masing dalam senarai ranking tersebut.

Setiap tahun, pihak QS Top Universities akan mengeluarkan senarai universiti di dunia berdasarkan kedudukan skor yang diperolehi universiti terbabit.

Selain daripada kedudukan berdasarkan skor keseluruhan universiti, pihak QS Top Universities juga menyediakan senarai kedudukan universiti berdasarkan beberapa jenis kategori seperti kedudukan berdasarkan skor subjek, skor kemampanan, skor bandar pelajar dan sebagainya.

Berbalik pada senarai QS World University Rankings®, senarai tersebut menunjukkan hampir separuh senarai universiti terbaik di Asia Tenggara didominasi oleh IPT dari negara kita.

Kredit: Seasia

Universiti Malaya menjadi IPT terbaik di Malaysia apabila disenaraikan pada kedudukan ketiga (global ke-70) di Asia Tenggara. Seterusnya, ia dikuti Universiti Putra Malaysia (UPM) di kedudukan keempat (global ke-123), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di tempat kelima (global ke-129), Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga keenam (global ke-143) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di kedudukan ketujuh (global ke-203).

Bukan itu sahaja, sebuah IPTS juga turut tersenarai dalam Senarai Universiti Terbaik di Asia Tenggara bagi 2023 iaitu, Taylor University dengan kedudukan ke-14 (global ke-284).

Manakala, tempat pertama bagi Universiti Terbaik di Asia Tenggara 2023 telah dirangkul oleh National University of Singapore (NUS). Universiti berkenaan dipilih sebagai universiti ke-11 terbaik di dunia.

BACA: Aktif & Semangat, Lelaki Hidap Dua Penyakit Kronik Termasuk Kanser Tahap 4 Pesan “Nikmatilah Hidup Sepenuhnya”

Sumber: Seasia via QS World University Rankings®

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.