Siakap Keli
Lubang Berisi Aluminium Panas
Kredit St Gallen Police

Ajaib, Lelaki Dilapor Terselamat Selepas Terjatuh Ke Dalam Lubang Berisi Aluminium Panas

Ajaib, Lelaki Dilapor Terselamat Selepas Terjatuh Ke Dalam Lubang Berisi Aluminium Panas

Seorang pekerja dilapor terselamat selepas terjatuh ke dalam lubang bulat di atas relau aluminium cair yang panas, lapor Daily Mail.

Juruelektrik yang berusia 25 tahun itu dilaporkan telah terjatuh ke dalam lubang yang berisi dengan cairan aluminium panas 720C  tersebut semasa dia sedang bekerja di kilang yang berada di St Gallen, timur laut Switzerland.

Kredit Daily Mail

Lelaki tersebut dikatakan telah tenggelam ke dalam cairan itu sehingga paras lututnya dan berjaya menahan kesakitan sebelum berjaya memanjat keluar dari lubang berkenaan.

Sewaktu kejadian pada petang Rabu lalu, pemuda itu bersama rakan sekerjanya didakwa sedang melakukan kerja-kerja mereka di sekitar kawasan lubang berkenaan.

Lelaki itu kemudian secara tidak sengaja telah terjatuh ke dalam lubang aluminium panas tersebut.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Dua doktor penyelamat udara Switzerland bersama anggota paramedik yang lain memberi rawatan awal kepadanya di kilang tersebut.

Lelaki itu kemudiannya dibawa ke hospital dengan menggunakan helikopter kerana mengalami kesan melecur yang sangat teruk.

Polis St Gallen City masih lagi menyiasat punca bagaimana kejadian itu boleh berlaku.

Sumber: Daily Mail

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.