Siakap Keli
Kredit: Bernama

Aras Air 8 Lokasi Sungai Di 7 Buah Negeri Termasuk Selangor & Kelantan Kini Di Paras Bahaya

Aras Air 8 Lokasi Sungai Di 7 Buah Negeri Termasuk Selangor & Kelantan Kini Di Paras Bahaya

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mengeluarkan status aras air semasa di beberapa negeri di Malaysia dan aras air di tujuh lokasi dilapor pada paras bahaya.

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh pihak JPS, terdapat beberapa lokasi yang mencatatkan paras air pada tahap amaran dan bahaya di beberapa negeri seperti Sarawak, Selangor, Johor, Kelantan, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Melaka, Pahang dan Kedah.

Mengikut senarai tersebut, terdapat tujuh lokasi yang mencatatkan tahap amaran BAHAYA seperti Long Jegan (Miri, Sarawak), Sungai Selangor (Kuala Selangor, Selangor), Sungai Siam (Kulai, Johor),  Sungai Skudai (Kulai, Johor), Rantau Panjang ( Pasir Mas, Kelantan), Sungai Linggi (Port Dickson, Negeri Sembilan), Sungai Junjung (Seberang Prai Selatan, Pulau Pinang) dan Sungai Melaka (Melaka Tengah, Melaka).

Manakala terdapat beberapa lokasi yang mencatatkan status tahap AMARAN seperti Long Teru, Marudi (Sarawak), Sungai Langat, Sungai Binjai (Selangor), Parit Keliling (Johor), Cheng D/S (Melaka), Sungai Serting, Sungai Triang (Pahang) dan Sungai Anak Bukit (Kedah).

Untuk mendapatkan lokasi dengan lebih tepat, anda boleh merujuk pada senarai lengkap yang dikeluarkan oleh pihak JPS di bawah:

Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook
Kredit: Facebook

Bagi sesiapa yang tinggal berdekatan kawasan yang dinyatakan di atas, sila berwaspada dan ikuti perkembangan status banjir dari semasa ke semasa.

BACA: Terkenal Dalam Drama Kung Fu, Pelakon Terkenal Hong Kong, Yu Chi-Ming Meninggal Dunia

Kredit: Jabatan Pengairan dan SSaliran (JPS) via Facebook

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.