Siakap Keli
Pakai Stokin Buat Tidur Malam Lebih Nyenyak
Gambar: Pixabay

Kajian Dapati Pakai Stokin Buat Tidur Malam Lebih Nyenyak & Sukar Terjaga Tengah Malam

Kajian Dapati Pakai Stokin Buat Tidur Malam Lebih Nyenyak & Sukar Terjaga Tengah Malam

Tidur di waktu malam adalah perkara penting dalam kehidupan setiap orang untuk merehatkan tubuh badan mereka selepas seharian berjaga atau bekerja. Secara purata, manusia menghabiskan 1/3 masa untuk tidur.

Jadi, sebolehnya kita tidak mahu tidur malam kita terganggu. Namun, kaki yang sejuk ketika sedang berbaring mungkin boleh menyebabkan anda tidak dapat tidur dengan lena.

Bagaimanapun, penyelidik yang dibuat sekumpulan saintis ada jawapannya kepada masalah ini. Menurut laporan Sleep Organization, tidur dengan memakai stokin mampu menghilangkan rasa sejuk pada kaki, memudahkan anda terlelap dan menjadikan tidur lebih lena.

Menurut kajian itu, apabila anda memakai stokin, kaki menjadi lebih panas dan akan meningkatkan peredaran darah sekaligus akan membantu anda untuk terlelap dengan lebih cepat.

Dalam kajian yang berbeza pula menunjukkan apabila anda memakai stokin atau apa-apa cara menghangatkan kaki, anda bukan sahaja mampu terlelap dengan lebih cepat, malah menjadikan tidur anda lebih lena dan sukar terjaga di tengah malam.

Walapun kekurangan bukti untuk mengesahkan memakai stokin turut mampu membantu semua penghidap insomnia tidur dengan lebih mudah, namun kajian mendapati memakai stokin dapat membantu mengurangkan simptom-simptom insomnia.

Kajian menunjukkan bahawa memanaskan kaki selama 20 minit sebelum tidur dapat mengurangkan gejala insomnia seperti keletihan. Dalam kajian berasingan, orang yang mengalami insomnia mengalami tidur yang lebih lena selepas memanaskan tangan dan kaki mereka.

Namun begitu, penyelidik juga mendapati faktor umur turut memainkan peranan penting bagi seseorang penghidap insomnia. Jika pesakit insomnia itu sudah berumur, mereka tidak akan mengalami sebarang perubahan walaupun mengamalkan teknik pemanasan kaki ini.

Apa pun, untuk anda yang berdepan masalah kaki sejuk dan sukar terlelap, anda mungkin boleh mencuba trik ini.

BACA: Dompet Matawang Kripto FTX Didakwa Kena Godam, Lebih RM 2.8 Bilion Lesap

Sumber: Sleep Foundation

Shafikah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.