Siakap Keli
Gambar: Deadline

Pemilik Suara Latar Animasi Batman, Kevin Conroy Meninggal Dunia

Pemilik Suara Latar Animasi Batman, Kevin Conroy Meninggal Dunia

Kevin Conroy, pelakon suara latar dalam siri animasi Batman dilaporkan telah meninggal dunia akibat kanser pada Jumaat lepas.

Kematian bintang berusia 66 tahun itu disahkan oleh Diane Pershing iaitu rakan sekerjanya melalui satu catatan yang dimuat naik di Facebook, lapor New York Post.

“Berita yang sangat menyedihkan: pelakon suara latar kegemaran kami dalam animasi Batman, Kevin Conroy, meninggal dunia semalam,” tulisnya dalam catatan di Facebook.

Menurutnya Conroy sudah lama bertarung dengan kanser tetapi dia dapat bertahan sehingga akhir hayatnya demi mengembirakan peminat-peminatnya.

Baca: “Asalkan Ada Kerja,” Hakikat Graduan Perlu Hadam, 5 Tahun Grad Tapi Masih Kerja Tak Ikut Bidang, Gaji Tak Setimpal

Kehilangan bintang terkenal ini bukan sahaja dirasai oleh barisan pelakon animasi Batman bahkan peminatnya di seluruh dunia.

Memetik laporan New York Post, Conroy mula menyuarakan watak Batman atau Bruce Wayne dalam Batman: The Animated Series semenjak tahun 1992 hingga 1995.

Gambar: Warner Bros

Suaranya yang jelas dan berkarisma itu kemudian menjadi sinonim dengan watak animasi tersebut.

Projek akhir Conroy ialah filem animasi Justice League vs. the Fatal Five yang diterbitkan oleh Warner Bros. DC Entertainment pada tahun 2019.

Sementara itu, kematian Conroy diratapi oleh ribuan peminatnya di laman Twitter, termasuk beberapa tokoh terkemuka dalam dunia komik.

Pengkritik filem Zaki Hasan mengatakan bahawa beliau benar-benar terkejut apabila mendengar berita mengenai pemergian Conroy, lapor New York Post.

Selain itu, pencipta bersama Mortal Kombat, Ed Boon juga memberi penghormatan dan menyatakan kesedihannya selepas mendengar berita tentang Kevin Conroy.

Conroy dilahirkan di New York dan dibesarkan di Connecticut. Selepas tamat pengajian, beliau muncul dalam drama Shakespeare, sitcom dan sebagainya serta menjadi tetamu undangan di Murphy Brown dan Cheers.

Namun, kerjayanya tidak berkembang sepenuhnya sehingga dia mula membintangi animasi Batman.

Sumber: New York Post

Noorliyana Ishak

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.