Tengah Syok Jamu Selera, Wanita Terkejut Anak Tikus Mendarat Atas Meja Makan Restoran
Setiap orang yang datang ke sesebuah restoran sudah pasti mengharapkan untuk merasai makanan yang lazat serta dikelilingi dengan pemandangan yang indah.
Namun begitu, suatu perkara yang tidak dijangka telah mengejutkan individu ini ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di Indonesia.
Baru-baru ini, satu video tular di media sosial apabila seorang wanita yang sedang menikmati makanannya di sebuah restoran terkejut selepas didakwa seekor anak tikus yang baru sahaja dilahirkan, terjatuh di atas beg yang diletakkan di atas meja makan, lapor Suara.com.
Video yang telah dimuat naik oleh @ararartie di laman TikTok memperlihatkan seekor tikus kecil yang baru dilahirkan jatuh dari bumbung ke beg yang berwarna maroon.
Dalam video tersebut, @ararartie mendakwa bahawa anak tikus itu berada di bumbung kayu restoran yang tidak disebutkan nama dan lokasinya itu.

Walau bagaimanapun, beliau bersyukur kerana bayi tikus tersebut tidak jatuh dan masuk ke dalam pinggan makanannya.
Ekoran daripada itu, video tersebut telah mendapat perhatian netizen dan memperoleh 716.4K tontonan, 20.4K tanda suka dan 1171 komen.
“Bahaya kalau kencing tikus jatuh ke dalam makanan,” kata seorang pengguna TikTok.
“Pergi mengadu kat pelayan sis, bahaya betul, takut kena makanan,” kata pengguna TikTok lain.
@ararartie Geliiiiiiiiiiiiii
Sumber: suara.com