Dua Pesawat Dilapor Bertembung & Terhempas Ketika Pertunjukan Udara
Pihak penerbangan Amerika Syarikat mengesahkan bahawa dua pesawat era Perang Dunia Kedua dilaporkan bertembung dalam satu pertunjukan udara di Dallas semalam.
Menurut laporan Agency France Press, dua pesawat yang terlibat itu adalah Boeing B-17 Flying Fortress dan Bell P-63 Kingcobra.
Dalam pertunjukan udara Wing Over yang berlangsung di Lapangan Terbang Eksekutif Dallas menyaksikan kedua-dua kapal berkenaan mempamerkan aksi dramatik sebelum pesawat berkenaan bertembung sesama sendiri sewaktu cuba membelok ke kiri pada waktu yang sama.
Pertembungan pesawat tersebut menyebabkan satu letupan besar dan kepulan asap hitam di ruang udara serta kepingan pesawat jatuh ke tanah.
Bagaimanapun, jumlah mangsa yang berada dalam pesawat tersebut masih belum dapat dipastikan sama ada selamat mahupun sebaliknya.
Sementara itu, Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata pihaknya dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Pesawat B-17 merupakan sebuah pesawat pengebom yang mempunyai empat enjin dan antara ‘watak’ penting dalam kemenangan negara itu menentang Jerman dalam perang udara. Ia salah satu pesawat bom terbaik yang pernah diciptakan.
Manakala P-36 Kingcobra ialah pesawat tempur yang dibina oleh Bell Aircraft sewaktu Perang Dunia Kedua dan hanya digunakan dalam pertempuran menentang tentera Soviet.
Terdahulu, kali terakhir kemalangan udara berlaku melibatkan pesawat B-17 ialah yang mengakibatkan tujuh orang maut dalam kemalangan di lapangan terbang di Windsor Locks, Connecticut pada 2 Oktober 2019.
Sumber: AFP
BACA JUGA: “Jawatan Kosong Ada 2 Tapi Beratur Panjang,” Ini Kesilapan Ramai Buat Bila Nak Cari Kerja