Siakap Keli
Kredit BERNAMA

“Kos Sara Hidup Meningkat” Tapi Betul Ke Gaji Minimum Di Malaysia Antara Yang Paling Tinggi Di ASEAN?

“Kos Sara Hidup Meningkat” Tapi Betul Ke Gaji Minimum Di Malaysia Antara Yang Paling Tinggi Di ASEAN?

Pasca pandemik ini telah memperlihatkan kenaikan dalam penjualan harga barangan harian, terutamanya berkaitan dengan harga barangan bahan mentah di seluruh dunia.

Selain peningkatan harga barangan, kos sara hidup juga telah meningkat dari segi  pembayaran komitmen terutamanya kepada mereka yang tinggal di kawasan bandar. Peningkatan ini bukan sahaja berlaku di negara kita Malaysia, malah hampir seluruh dunia terkesan dengan tekanan kos sara hidup pada waktu ini. 

Oleh yang demikian, kerajaan dalam inisiatif Keluarga Malaysia telah meningkatkan gaji minimum dari RM1200 kepada RM 1500 berkuat kuasa pada 1 Mei tahun ini. Dengan peningkatan ini, sedikit sebanyak dapat membantu rakyat mengurangkan bebanan kos sara hidup terutamanya mereka yang tinggal di kawasan bandar. 

Terdahulu, semasa gaji minimum di Malaysia hanya sebanyak RM 1200 negara kita dikatakan merupakan antara negara yang terendah di peringkat negara-negara ASEAN dalam pemberian gaji minimum. Negara Malaysia berada di belakang tiga negara jiran kita iaitu Filipina, Indonesia dan Thailand dalam pemberian gaji minimum kepada rakyatnya. 

Kredit: Bernama

Kadar gaji minimum bagi negara Filipina ialah sebanyak 288.48 peso Filipina atau bersamaan dengan RM 1,360. Menurut data gaji minimum ini hanya diberikan di kawasan metropolitan yang mempunyai jumlah penduduk yang ramai.

Bagi negara Indonesia pula, kadar gaji minimum di negara tersebut adalah sebanyak 4,452,724 juta rupiah atau bersamaan dengan RM 1350. Namun begitu bagi negara Indonesia kadar gaji minimum jumlah itu diberi hanya di kawasan bandar seperti di Jakarta. 

Kadar gaji minimum di Thailand pula adalah sebanyak 10,800 baht atau sebanyak RM 1350 berdasarkan data kemas terbaru bertarikh 31 Mac 2022. 

Negara-negara ASEAN lain seperti Cambodia berada di belakang Malaysia dengan gaji minimum sebanyak RM 897 diikuti oleh Myanmar RM 323 dan Laos RM 305. Data lengkap maklumat gaji minimum ini boleh dilihat di sini

Dua negara ASEAN seperti Singapura dan Brunei tidak termasuk dalam senarai ini kerana negara tersebut tidak mempunyai kadar gaji minimum mandatori yang ditetapkan. 

Selepas pengumuman peningkatan gaji minimum RM 1500 dalam inisiatif Keluarga Malaysia oleh Perdana Menteri Dato Seri Ismail Sabri bin Yaakob pada 1 Mei lalu. Malaysia telah menjadi antara negara ASEAN yang mempunyai kadar pemberian gaji minimum paling tertinggi di kalangan negara-negara ASEAN yang lain. Ucapan pengumuman kenaikan gaji minimum ini dibuat oleh Perdana Menteri bersempena dengan Hari Pekerja 2022 pada 1 Mei lalu. 

Kredit: Jabatan Penerangan Malaysia

Setakat hari ini, dari tempoh 31 Mac kemaskini terakhir hingga ke hari ini masih tiada kemaskini terbaru berkaitan data peningkatan gaji minimum oleh  negara-negara ASEAN yang lain. Pengumuman peningkatan yang dibuat pada 1 Mei lalu itu telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang  mempunyai kadar gaji minimum tertinggi di seluruh kelompok negara-negara ASEAN. 

Diharap dengan pengumuman peningkatan kadar gaji minimum ini dapat membantu meringankan lagi bebanan kos sara hidup rakyat seterusnya mampu mensejahterakan lagi negara Malaysia. Diharap juga kadar gaji minimum ini akan kekal atau meningkat dalam tempoh masa akan datang. 

Maklumat berkaitan ucapan pengumuman berkaitan peningkatan kadar gaji minimum tersebut boleh klik di sini

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka