Siakap Keli
gaji penjawat awam diawalkan
Gambar: BERNAMA

Gaji Penjawat Awam Diawalkan Pada 17 Nov – PM

Tarikh pembayaran gaji penjawat awam bagi November 2022 diawalkan pada 17 November, umum Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sementara itu, Ismail berkata bagi golongan pesara mereka akan menerima bayaran pencen pada 14 November (hari ini).

“Bayaran pencen kepada pesara pada 14 November,” kata Ismail Sabri.

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan cuti pada 18 dan 19 November, bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Berita lanjut menyusul.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana