Siakap Keli

Tangani Inflasi Tanpa Menjejaskan Kualiti Hidup

Sejak kebelakangan ini, anda sudah pasti menampakkan kenaikan harga barangan keperluan harian termasuk kos makananan dan barang dapur. Kos sara hidup semakin meningkat akibat inflasi dan ia menjadi lebih mencabar berikutan pandemik COVID-19 yang telah menjejaskan kualiti hidup seharian kita semua. Kenaikan kadar inflasi yang sederhana adalah wajar dan ia difahamkan sebagai kenaikan harga barangan dan perkhidmatan dalam jangka waktu tertentu. Walau bagaimanapun, inflasi yang tinggi boleh menjejaskan prestasi jangka panjang sesebuah ekonomi lalu menimbulkan pelbagai masalah yang membimbangkan seperti peningkatan kos sara hidup.

Tahun ini, kita telah menyaksikan peningkatan kadar inflasi yang tinggi dan kenaikan harga dijangka berterusan sehingga tahun depan pada kadar inflasi yang diramalkan antara 2.8% dan 3.3%. Tempoh kenaikan harga dan kadar peningkatan inflasi sukar diramal dan fenomena ini akan terus menjejaskan kuasa perbelanjaan kita. Justeru, kita dinasihatkan untuk berbelanja secara berhemah sambil menangguhkan perbelanjaan lain seperti hiburan dan percutian.

Untuk menghadapi tempoh peningkatan harga, kita perlu mengemaskini perancangan belanjawan untuk isi rumah. Namun itu, ini tidak bermaksud kita harus mengorbankan kualiti hidup terutamanya apabila kita sudah terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran! Keadaan semasa yang membimbangkan berserta masa depan yang tidak menentu sudah pasti mengajar kita untuk mula mempraktikkan beberapa tabiat harian yang mampu membantu kita menangani kenaikan harga akibat inflasi.

Rancang keperluan makanan dan barangan dapur sebelum membeli

Jika anda biasanya memasak atau ingin mula memasak di rumah untuk menjimatkan duit, anda boleh merancang menu mingguan untuk penjimatan masa dan duit yang lebih efisien kerana perancangan menu makanan dapat mengelakkan perbelanjaan yang tidak diperlukan. Sebelum ke kedai, senaraikan barangan yang diperlukan untuk penyediaan makanan untuk minggu tersebut. Bagi mereka yang bujang, anda boleh ke kedai bersama-sama rakan lalu merancang untuk berkongsi barangan dapur yang dibeli supaya tidak berlaku pembaziran.

Rancang awal untuk membeli barang dapur untuk memastikan anda mendapatkan apa yang diperlukan sahaja.

  • Jimat tenaga elektrik dengan memupuk tabiat baik

Tenaga elektrik merupakan salah satu keperluan terpenting untuk rutin harian dan kita sebenarnya mampu mengurangkan kos penggunaannya dengan amalan baik. Amalan mudah seperti mematikan suis dan mencabut plag peralatan rumah yang tidak digunakan mampu menghasilkan perubahan yang ketara pada bil elektrik anda! Untuk penjimatan tenaga yang lebih, anda boleh menukar peralatan lama ke peralatan baharu yang diperakui Energy-Star. Walaupun kos permulaan untuk membeli peralatan baharu mungkin agak tinggi, ia pasti dapat mengurangkan kos penggunaan elektrik dan jejak karbon isi rumah anda dalam jangka masa panjang.

Tabiat mematikan suis lampu dan peralatan elektrik apabila tidak digunakan perlu diamalkan.

Pasang penapis air untuk rumah anda

Pemasangan sistem penapisan air di rumah bukan sekadar mengalirkan air yang bersih melalui paip, ia turut mendatangkan banyak lagi manfaat. Pengguna dapat menikmati banyak penjimatan apabila penapis air point-of-entry (POE) dipasangkan di rumah kerana penapis air jenis ini dapat mengurangkan pembaziran air dan penggunaan tenaga eletrik. Menurut Encik Koo Zao Cheong, Pengurus Pembangunan Perniagaan Waterco Malaysia (syarikat penyedia penyelesaian sehenti terkemuka untuk persekitaran air yang selamat dan sihat), penapis air POE (juga dikenali sebagai penapis air seluruh rumah) bertindak sebagai sistem penapisan pusat untuk seluruh rumah yang memastikan air yang mengalir ke setiap paip di rumah kekal bersih.

“Penapis air POE dipasang di sumber air utama di sesuatu rumah. Apabila air mengalir melalui penapis air POE, ia dibersihkan dan dipam ke semua titik pendispensan air di rumah untuk kegunaan harian. Penggunaan penapis ini dapat menyediakan air yang bersih dan bebas daripada sedimen seperti habuk, pasir, kotoran dan bahan pencemar yang boleh terkumpul di dalam peralatan rumah seperti mesin basuh. Oleh itu, penggunaan penapis air jenis ini amat penting untuk memanjangkan jangka hayat peralatan rumah sambil mengekalkan kecekapan penggunaan tenaga eletrik di rumah anda,” jelas Encik Koo.

Nikmati air yang bersih dan selamat setiap kali anda membuka pili air dengan memasangkan penapis air POE di rumah anda.

  • Kurangkan kos pengangkutan dan jejak karbon anda

Pengangkutan awam telah menjadi pilihan popular untuk perjalanan harian kerana ia mesra alam dan lebih menjimatkan berbanding penggunaan kenderaan sendiri yang memerlukan perbelanjaan untuk petrol, tempat letak kenderaan, dan penyelenggaraan berkala. Dengan pengangkutan awam, kita juga dapat mengelakkan tekanan akibat kesesakan lalu lintas. Jika anda merancang untuk ke tempat yang tiada akses kepada pengangkutan awam, anda boleh berkongsi kereta (carpool) bersama rakan-rakan anda lalu membahagikan kos petrol dan tol sesama mereka. Anda juga boleh membuat perancangan awal untuk memastikan mod pengangkutan yang paling efisien untuk mengelakkan belanja secara berlebihan. 

Selain menjimatkan duit, pengangkutan awam membantu anda mengelakkan tekanan akibat kesesakan lalu lintas pada waktu puncak.

Inflasi memang tidak dapat dielakkan, namun itu, perubahan kecil dalam tabiat harian anda mampu mengurangkan kos sara hidup tanpa menjejaskan kualiti hidup malah menjadikannya lebih baik!

Nur Farra