Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tol Percuma Pada 18 & 19 November Ini – PM

Nurhanis
tol percuma pada 18 dan 19 november
Gambar: BERNAMA

Perdana Menteri, Datuk Seri ismail Sabri memaklumkan 30 konsesi lebuh raya bersetuju memberi tol percuma pada 18 dan 19 November kepada pengguna.

Ini bagi memudahkan urusan rakyat bagi membuat pengundian pada Sabtu ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri turut memaklumkan mengenai tarikh pembayaran gaji penjawat awam bagi November 2022 yang diawalkan pada 17 November.

Dalam masa sama, golongan pesara turut akan menerima bayaran pencen pada 14 November (hari ini).

Terdahulu, Ismail Sabri mengumumkan cuti pada 18 dan 19 November, bagi memudahkan urusan Keluarga Malaysia menunaikan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber: BERNAMA