Siakap Keli
lelaki disahkan meninggal dunia dilapor hidup semula
Gambar: Kompas.com

Mujur Belum Dikebumi, Lelaki Disahkan Meninggal Dunia Dilapor Hidup Semula

Mujur Belum Dikebumi, Lelaki Disahkan Meninggal Dunia Dilapor Hidup Semula

Tular di media sosial baru baru ini mengenai seorang lelaki yang disangka meninggal dunia dipercayai hidup semula dalam kejadian di Bogor, Indonesia.

Memetik Kompas.com, video yang dimuat naik di Instagram  memperlihatkan jasad lelaki tersebut sudah siap diletakkan di dalam sebuah keranda.

Bagaimanapun, suasana bertukar huru-hara selepas jenazah yang disangka meninggal dunia didapati masih bernyawa.

Susulan itu, lelaki yang merupakan penduduk Rancabungur, Kabupaten Bogor, Jawa Barat itu segera dibawa ke Hospital Besar Bogor untuk rawatan lanjut.

Sementara itu, Pengarah Hospital Besar Bogor, Ilham Chaidir berkata, sewaktu tiba di hospital, lelaki itu berada dalam keadaan sedar.

“Keadaan pesakit yang kini berada di wad dilaporkan semakin pulih dan masih dalam pemantauan,” katanya.

Tambahnya, pihaknya tidak akan bertanggungjawab ke atas kes itu kerana ia berada di luar tanggungjawab mereka.

Terdahulu, jenazah disahkan meninggal dunia di salah sebuah hospital di wilayah Jakarta.

Sumber: Kompas.com 

BACA JUGA: “Jawatan Kosong Ada 2 Tapi Beratur Panjang,” Ini Kesilapan Ramai Buat Bila Nak Cari Kerja

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.