Siakap Keli
M Karupaiya Meninggal Dunia
Gambar: Facebook Karupaiya Mutusami

Calon PH Di Padang Serai, M Karupaiya Meninggal Dunia

Calon Pakatan Harapan bagi kerusi Parlimen Padang Serai, M Karupaiya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kulim pada jam 2.20 petang tadi, lapor Astro Awani.

Berita pilu itu disahkan oleh anak perempuan mendiang, Dippah sewaktu dihubungi oleh Astro Awani.

Difahamkan, mendiang yang merupakan calon kerusi Parlimen P.017 dari PKR mengadu sakit perut sejak semalam sebelum dimasukkan ke hospital.

Walau bagaimanapun, punca kematian masih belum diketahui sehingga kini, maklum Astro Awani.

Terdahulu, Karupaiya berjaya menang dalam merebut kerusi parlimen itu dengan majoriti 8,813 undi sewaktu Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), maklum Astro Awani.

Sumber: Astro Awani

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.