Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Difahamkan, pusat bagi insiden gempa bumi tersebut terletak pada latitud 4.8° S dan longitud 100.7° T pada kedalaman 10 kilometer.
Titik gegaran tersebut terletak pada 196km daripada bandar terdekatnya iaitu sekitar barat daya Bengkulu, Indonesia.
Difahamkan, gempa bumi berkenaan tidak memberikan sebarang ancaman tsunami kepada Malaysia. Sementara itu, Badan Meterologi Klimatologi dan Geofisika (BKMG) juga memaklumkan gempa bumi sederhana itu tidak berpotensi menghasilkan tsunami.
Bagaimanapun, BMKG mengingatkan para penduduk agar sentiasa hati-hati terhadap sebarang kemungkinan gempa bumi susulan yang mungkin terjadi, lapor CNN Indonesia.
Sumber: MetMalaysia & CNN Indonesia