Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Gempak, Lelaki Indonesia Cipta Motosikal Elektrik Berasaskan Kawasaki Ninja

Nurhanis
lelaki indonesia cipta motosikal elektrik
Gambar: tangkap layar Youtube

Rumah yang kecil bukan penghalang bagi seorang lelaki di Jakarta yang mempunyai bakat besar untuk berkarya mencipta sebuah motosikal elektrik HME EV-1 berasaskan Kawasaki Ninja, lapor Bondowoso.

Penciptanya, Haris Muhammad mengejutkan dunia kerana telah mencipta inovasi pengubahsuaian motosikal elektrik yang mempunyai kuasa dan reka bentuknya tidak kalah seperti motosikal asal.

Menerusi perkongsian rakannya di saluran Youtube, Fitra Eri, keunikan motosikal itu terpancar apabila kerangkanya diperbuat daripada akrilik dan plastik polimer yang membolehkan semua komponen dilihat.

Tangkap layar Youtube

Haris yang juga seorang simulator perlumbaan SIM dan pemilik HM Engineering berkata kerangka akrilik itu didakwa kukuh walaupun digunakan untuk kenderaan bermotor.

Bagaimanapun, motosikal elektrik yang dicipta oleh Haris bukan digunakan untuk harian sebaliknya hanya sebuah karya seni.

“Inikan kita menciptakan motor itu bukan untuk harian, ia sebuah karya seni. Hanya untuk hobi yang boleh dijadikan sebagai koleksi,” katanya dalam saluran itu.

Difahamkan, bagi orang ramai yang mempunyai hobi meminati motosikal, motor itu boleh ditambah dalam koleksi kerana bentuknya yang unik.

Haris turut mengakui semua bingkai akrilik yang digunakan dalam motor elektrik itu dibuat sepenuhnya dan direka menggunakan komputer.

Motosikal elektrik itu dilengkapi dengan lampu LED dan modul speedometer dengan penunjuk suhu udara persekitaran serta butang kawalan kelajuan yang ditandakan dengan nombor 1, 2 dan 3.

Menariknya, tempoh penggunaan bateri bergantung kepada penunggangnya, kerana ia dilengkapi generator di mana bateri boleh dicas secara automatik.

Mampu menerima bateri 150A

Motosikal elektrik Kawasaki ini menggunakan dinamo bagi menggerakkan roda belakang dengan sistem rantai dan tidak menggunakan transmisi gear supaya sentuhan motosikal asal tidak hilang.

Bagi kuasa pula, Haris berkata motornya itu menggunakan dinamo 300 watt dengan spesifikasi perlumbaan serta bateri kapasiti 20A, walaupun ia mampu menerima sehingga kuasa bateri 150A.

Sekiranya bateri kapasiti 120A digunakan, kuasa boleh menjadi enam kali lebih besar daripada menggunakan bateri 60A dan bateri yang digunakan pada motosikal elektrik pada masa ini mempunyai kuasa 72 volt.

Sumber: Fitra Eri via Youtube/Bondowoso