Siakap Keli
gula-gula tanpa rasa
Gambar: @kuwane/Twitter via Oddity Central

Hanya Guna Dua Bahan, Rangkaian Kedai Serbaneka Jepun Cipta Gula-Gula Tanpa Rasa

Hanya Guna Dua Bahan, Rangkaian Kedai Serbaneka Jepun Cipta Gula-Gula Tanpa Rasa

Sebuah rangkaian kedai serbaneka di Jepun, Lawson telah melancarkan produk terbaharu yang dikenali sebagai gula-gula tanpa rasa, Aji no Shinai? Ame atau tasteless candy, lapor Oddity Central.

Seperti yang diketahui, gula-gula terkenal dengan pelbagai perisa atau rasa seperti masam dan manis. Namun, syarikat itu tampil dengan strategi yang berlainan daripada syarikat gula-gula lain.

Difahamkan, gula-gula Ame hanya menggunakan dua bahan yang terdiri daripada polydextrose (pengganti gula sintetik) dan erythritol (pengganti gula semula jadi).

Gambar: @kuwane/Twitter via Oddity Central

Menurut seorang lelaki yang memberitahu kepada SoraNews24 bahawa dia mencuba pemanis mulut itu setelah menerima pek percubaan namun dia terkejut dan mendapati ia begitu ‘hambar’.

Dalam pada itu, pencipta produk itu berkata ia tiada gula dan mempunyai aroma (bau) yang sangat samar ketika diuji.

Menurutnya, rasa gula-gula itu boleh dianggap hampir seperti nasi putih.

Sumber: Oddity Central

BACA JUGA: “Jawatan Kosong Ada 2 Tapi Beratur Panjang,” Ini Kesilapan Ramai Buat Bila Nak Cari Kerja

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.