Siakap Keli
Kredit: Instagram

Harry Styles Umum Berita Baik Untuk Asia, Love On Tour Bakal Berlangsung Pada 2023

Harry Styles Umum Berita Baik Untuk Asia, Love On Tour Bakal Berlangsung Pada 2023

Bekas vokalis One Direction, Harry Styles bakal melangsungkan konsert jelajahnya di negara-negara Asia pada tahun hadapan.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri olehnya selepas memuat naik satu poster ”Love On Tour Asia” yang dujadualkan pada 2023 ini.

Menerusi poster tersebut, jelajah Asia berkenaan akan bermula di Bangkok pada 11 Mac di Stadium Rajamangala. Kemudian, konsert akan diadakan di Manila, Singapura, Seoul, dan berakhir di Tokyo.

Kredit: Instagram

Difahamkan, Love on Tour merupakan konsert jelajah yang kedua bagi penyanyi, juga seorang penulis lagu kelahiran Britain tersebut. Dalam konsert tersebut, lagu-lagu yang akan dimainkan merangkumi album studio kedua dan ketiga iaitu  First Line (2019) dan Harry’s House yang telah dikeluarkan pada 20 May 2022.

Untuk makluman, As It Was (2022) merupakan salah satu lagu hit pada tahun ini dan sering dimainkan oleh pengguna Spotify sehingga mencapai jumlah 1,547,736,547 putaran buat masa ini.

Setakat ini, tiada perkhabaran sama ada konsert tersebut akan melibatkan negara-negara lain seperti Indonesia dan Malaysia.

BACA: Konsert Blackpink Di KL, Harga Tiket Bermula RM 388 Hingga RM 1,888

Sumber: @harrystyles via Instagram

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.