Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Ini Dokumen Yang Perlu Anda Bawa Sewaktu Keluar Mengundi Nanti

Ini dokumen yang perlu anda bawa sewaktu keluar mengundi nanti

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dalam kemas kini terbaharu di akaun Facebook rasminya telah mengeluarkan hebahan notifikasi dokumen yang perlu dibawa semasa keluar mengundi nanti.

Dalam hebahan tersebut, dokumen yang paling utama untuk dibawa adalah kad pengenalan diri pengundi. Sekiranya kad pengenalan tiada, pengundi juga boleh membawa passport sebagai ganti kepada kad pengenalan.

Jika passport juga tiada pengundi masih boleh membawa lesen memandu bagi menggantikan passport.

Bagi mereka yang kehilangan kad pengenalan atau sedang membuat kad pengenalan baharu, anda perlu membawa dokumen pengenalan sementara ataupun resit laporan kehilangan kad pengenalan.

Kredit Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Diharap dengan hebahan oleh SPR ini rakyat sudah peka dan bersedia dengan segala dokumen yang dinyatakan tersebut sewaktu keluar mengundi pada 19 November ini nanti.

Sumber: Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.