Polis di Guatemala berjaya menahan seorang lelaki dan wanita warga Amerika Syarikat yang mencuri lebih 150 artifak purba kaum Maya, lapor BBC.
Seorang wanita berusia 49 tahun berjaya ditahan di Lapangan Terbang Guatemala City apabila pihak kastam menemukan ukiran batu Maya di dalam beg miliknya.
Pihak polis mengatakan bahawa ia merupakan kali kedua wanita berkenaan ditahan kerana memiliki khazanah dari zaman pra-hispanik.
Pegawai kastam menemukan dua ukiran batu Maya di dalam begnya, namun wanita tersebut berkata dia telah membelinya dari sebuah bandar di Antigua.

Selain itu, wanita tersebut juga didakwa atas tuduhan menyeludup khazanah negara, tetapi dibebaskan dengan ikat jamin tidak boleh meninggalkan Guatemala.
Wanita terbabit ditahan buat kali kedua pada tiga hari kemudian di 45 km (28 batu) barat daya Antigua, lapor BBC.
Dalam pada itu, polis mendapati bahawa kereta yang dinaiki olehnya bersama seorang lagi warga US berusia 62 tahun tersebut mengandungi 166 artifak yang berasal dari zaman tamadun Maya.
Ekoran daripada itu, seorang ahli arkeologi berkata artifak dari zaman pra-hispanik itu adalah 90 peratus asli.
Difahamkan kerajaan Mexico dan negara-negara Amerika Latin membanteras penjualan khazanah pra-hispanik di negara mereka.
Justeru, pihak kerajaan meningkatkan pemeriksaan ke atas pelancong yang membawa barang yang mencurigakan.
Memetik laporan BBC, tamadun Maya mempunyai zaman kegemilangannya dari 250BC hingga AD900.
Kini, sebahagian besar wilayah tamadun itu berada di tenggara Mexico, Guatemala, Belize, dan sebahagian Honduras dan El Salvador.
Sumber: BBC