Siakap Keli
Kemalangan babitkan empat sekeluarga
Kredit: Ebit Lew | Facebook

“Ayah Minta Maaf Dik” Kemalangan Empat Sekeluarga, Ebit Lew Sebak Peluk Anak Mangsa Tanpa Henti

Niat nak sambut hari jadi bertukar tragedi apabila kereta yang dipandu enam sekeluarga merempuh sebuah pacuan empat roda dalam kejadian pada Ahad, 13 November baru-baru ini.

Dalam kemalangan tersebut empat ahli keluarga terkorban dan seorang cedera parah, manakala seorang lagi terselamat iaitu isteri dan anak serta kedua ibu dan ayahnya.

Kisah keluarga ini tular dan mendapat perhatian warganet hingga rakaman video memaparkan keadaan mereka menyentuh hati ramai pihak.

Ekoran daripada itu, pendakwah terkenal Ebit Lew yang melihat video tersebut turut berasa sebak dan sedih apabila mendengar suara tangisan si ayah semasa memeluk ahli keluarganya ketika kejadian berlaku.

“‘Ayah minta maaf nak. Ayah minta maaf dik.’ Sedih bila terlihat video tu. Empat hari lepas. Suara tangisan ayah masa memeluk ahli keluarganya. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.

“Kemalangan bawa estima menyebabkan empat orang ahli keluarga meninggal dunia. Isterinya, anak umur 4 tahun, serta mak ayahnya masa nak ke KLIA dari Melaka untuk sambut birthday. Yang selamat suami dan anak kecilnya,” tulis Ebit di Fecebook.

Malah beliau tidak berhenti untuk memeluk anak-anaknya selepas melihat kemalangan pahit yang menimpa keluarga itu.

“Ya Allah, lepas tertengok kejadian tak berhenti saya peluk anak-anak. Semoga Allah beri ketabahan buat keluarga ini,” tambahnya.

Kemalangan babitkan empat sekeluarga
Kredit: Ebit Lew | Facebook

Menurut perkongsian daripada mangsa yang terlibat (suami) anaknya yang berusia empat tahun sering kali mengatakan bahawa dia akan meninggal dunia sejak setahun yang lalu.

“Kata abang ni. Setahun ni anaknya yang empat tahun Yusuf yang meninggal dunia selalu cakap pada ayahnya. Ayah, Yusuf dah nak meninggal dunia. Rumah cantik sekali. Besar dari rumah kita. Ayah jaga diri ya. Yusuf bawa mak sekali ke sana,” kongsi Ebit Lew.

Justeru, perkara tersebut telah menyebabkan mangsa (suami) menjadi risau dan selalu meluangkan banyak masa bersama anaknya walaupun sibuk berniaga di kedai makan di Melaka.

“Sekarang adiknya ni asyik cari mak dan abangnya. Allahuakbar. Abang ni pemilik warung Pak Berahim Felda Bukit Senggih Jasin Melaka.

Ya Allah. Berilah semua ahli keluarganya bersama dalam syurga. Ampunilah dan tinggikan darjat mereka. Buat ahli keluarga yang ditinggalkan berilah ketabahan dan kekuatan buat mereka,” tambah Ebit Lew.

Sumber: Ebit Lew | Facebook

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.