Bayi Perempuan Di Filipina Diisytiharkan Sebagai Penduduk Bumi Ke-8 Bilion
Seorang bayi perempuan yang baru sahaja dilahirkan di Manila, Filipina pada 1.29 pagi semalam telah diisytiharkan sebagai penduduk bumi yang kelapan bilion, lapor Metro UK.
Bayi berkenaan, Vinice Mabansag dipilih bagi mencapai anggaran Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa populasi global pada masa ini telah mencapai 8,000,000,000.
Pegawai dari suruhanjaya penduduk di Filipina dikatakan berada di Hospital Memorial Dr. Jose Fabella untuk menyambut kelahiran Vinice ke dunia.

Dalam pada itu, Ketua Perubatan Hospital Memorial, Dr. Romeo Bituin berkata bahawa mereka baru sahaja menyaksikan bayi kelapan bilion dunia di Filipina.
Menurutnya ibu kepada bayi tersebut mula menjalani proses bersalin bermula dari bukaan pada pukul 11 malam, manakala bayi itu pula dilahirkan secara normal dua jam kemudian.
Sementara itu, Commission on Population and Development NCR turut berkongsikan beberapa gambar mengenai kelahiran bayi yang kelapan bilion tersebut di laman Facebook.
Dalam satu kenyataan, PPB berkata bahawa peningkatan populasi manusia tidak pernah berlaku sebelum ini dan ia adalah disebabkan oleh pertambahan kadar kematian berikutan kesihatan awam, pemakanan, dan perubatan.
Memetik Metro UK, PBB beranggapan ia menunjukkan tahap kesuburan yang tinggi dalam kalangan wanita di sesetengah negara.
“Ia hanya mengambil masa dua tahun untuk populasi bumi berubah daripada tujuh kepada lapan bilion orang, tetapi PBB percaya ia akan mencapai sembilan bilion menjelang 2037,” kata PBB.
Bagaimanapun, mereka berkata ini adalah petanda bahawa kadar pertumbuhan penduduk global semakin perlahan.
BACA JUGA: PBB Ramal Populasi Dunia Cecah 8 Bilion Manusia Pada 15 November Ini
Sumber: Metro UK