Seorang kanak-kanak berumur dua tahun ditemui mati lemas di dasar kolam renang dalam kejadian di sebuah hotel di Amerika Syarikat (US) baru-baru ini.
Petugas hotel memaklumkan, segalanya bermula apabila mereka mendapati terdapat seorang kanak-kanak berusia dua tahun berjalan berseorangan dalam keadaan basah kuyup.
Bagaimanapun, petugas di hotel tersebut menyangka kanak-kanak itu berjalan dari kolam renang yang ada di situ, lapor WTOC.
Hal tersebut menyebabkan pihak polis bergegas ke kolam renang untuk membuat pemeriksaan dan mendapati kanak-kanak berusia dua tahun terbabit tenggelam di dasar kolam.
Pelbagai percubaan untuk menghidupkan semula kanak-kanak tersebut tetapi tidak berjaya kerana tiada sebarang tindak balas daripadanya, kata jurucakap polis Lt. Charles Raley.
Susulan daripada bedah siasat yang dilakukan, koroner daerah Beaufort menyimpulkan bahawa kanak-kanak itu mati lemas dan kematian itu diputuskan sebagai tidak sengaja.
Namun begitu, siasatan masih diteruskan dan sehingga sekarang tiada pertuduhan yang difailkan.
Difahamkan, ibu bapa kanak-kanak itu sedang disiasat atas kemungkinan kecuaian kerana menurut laporan ibunya ditemui di dalam bilik semasa kejadian.
Malah, Raley berkata, pegawai turut menjumpai seorang lelaki dan seorang bayi berusia sembilan bulan di dalam bilik yang sama.
Sumber: Daily Star