Siakap Keli
jadual piala dunia
Gambar: RTM

RTM Kongsi Jadual Penuh ‘Live Streaming HD’ Piala Dunia, Tonton Secara Percuma

Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA Qatar 2022 bermula 20 November ini secara percuma yang akan dibawakan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menerusi laman Facebook RTM, saluran itu memuat naik jadual penuh kesemua 41 perlawanan terpilih secara percuma menerusi beberapa rangkaian penerbitannya.

“Kami bawakan 41 perlawanan terpilih secara percuma dalam HD! Saksikan perlawanan Piala Dunia Anda di saluran TV2, TV Okey & Sukan TV RTM,” katanya.

Di TV2 dan saluran Sukan RTM, siaran akan berlangsung bermula 21 November (Isnin) sehingga 3 Disember 2022, manakala bagi TV Okey, ia akan mula bersiaran pada 24 November (Khamis) depan.

Kredit: RTM
Kredit: RTM
Kredit: RTM

Difahamkan juga, penonton boleh menyaksikan secara penstriman langsung di aplikasi RTMKLIK atau link yang diberi di sini.

Terdahulu, media melaporkan Piala Dunia edisi 2022 bakal menyaksikan Qatar sebagai tuan rumah memulakan perlawanan bagi peringkat Kumpulan A pada 21 November.

Difahamkan, perlawanan pertama bakal berlangsung di Stadium Al Bayt yang berkapasiti 60,000 orang dan terletak 43 kilometer dari Doha. Reka bentuk stadium ini juga seperti khemah tradisional arab yang dikenali ‘bayt al sha’ar’.

https://www.facebook.com/RadioTelevisyenMalaysia/posts/pfbid02ytPwuHFcnDd3iEyvEZHzb8ScWey9GCSngy1zJXxakw9uasqZMZfAvwz3qd8DTJUWl

Sumber: RTM via Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.