Siakap Keli
Cristiano Ronaldo Dedah Simpan Abu Anaknya
Gambar: Daily Mail

‘Saat Paling Buruk Yang Saya Lalui Dalam Hidup… ‘, Cristiano Ronaldo Dedah Simpan Abu Anak Di Rumah

Bintang bola sepak Manchester United, Cristiano Ronaldo mendedahkan dalam wawancara bersama Piers Morgan pada Selasa kelmarin bahawa dia menyimpan abu anak lelakinya untuk seumur hidup di rumahnya.

Difahamkan, Ronaldo kehilangan bayi lelakinya (kembar) sejurus selepas kelahirannya pada bulan April lalu.

Disebabkan peristiwa itu, Ronaldo mengambil keputusan untuk meninggalkan kem Manchester United untuk sementara waktu.

Tidak ketinggalan juga komuniti peminat bola sepak turut memberi sokongan dan semangat kepadanya.

Cristiano Ronaldo Dedah Simpan Abu Anak
Kredit: The Mirror

‘saat paling buruk yang saya lalui dalam hidup…’

Bagaimanapun, Ronaldo tidak menafikan bahawa peristiwa itu adalah hal yang terburuk yang pernah berlaku dalam hidupnya selepas kematian bapanya, selain mendedahkan bahawa perkara tersebut sangat menyakitkan.

“Piers, mungkin saat-saat paling buruk yang saya lalui dalam hidup saya sejak ayah saya meninggal dunia. Anda tahu, jika anda mempunyai anak, anda akan harapkan semuanya berjalan dengan lancar.

“Tetapi, anda mempunyai masalah dengan perkara itu, ia sangat sukar, sangat sukar bagi manusia seperti saya,” kata Ronaldo.

Dalam kenyataan yang sama, Ronaldo turut memberitahu penerimaan awal mereka (Georgina Rodriguez dan keluarganya) tentang kematian anaknya itu.

“Kami mengalami saat-saat yang agak sukar kerana kami tidak tahu mengapa perkara tersebut berlaku kepada kami. Sukar untuk berterus terang dengan apa yang kami alami tempoh hari.

“Seperti yang anda tahu permainan bola sepak masih diteruskan seperti biasa, begitu pantas, banyak pertandingan dan itu tidak akan berhenti.

“Kami juga mempunyai banyak perlawanan dan saat itu mungkin waktu yang paling sukar pernah saya lalui, termasuk keluarga saya terutamanya Gio (Georgina Rodriguez),” tambahnya.

Cristiano Ronaldo Dedah Simpan Abu Anak
Gambar: AFP

Morgan turut menyifatkan situasi itu adalah yang paling sukar, di mana legenda bola sepak tersebut terpaksa berkabung atas kematian bayi lelakiya, dalam masa sama harus gembira atas kelahiran anak perempuannya.

“Ia sangat sukar, anda tidak tahu sama ada anda harus bersedih atau tersenyum atau bagaimana anda harus bertindak balas terhadapnya. Sejujurnya, anda tidak tahu apa yang perlu dilakukan,” akui Morgan.

“Abunya ada bersama saya sama seperti ayah, mereka ada di dalam rumah. Ia adalah sesuatu yang saya pegang sepanjang hayat dan bukan membuangnya ke laut.

“Saya mempunyai sebuah gereja kecil di tingkat bawah dan ‘menyimpan’ (abu) mereka di sana,” tambah Ronaldo.

“terima kasih doktor dan jururawat… “

Dalam masa yang sama, Ronaldo turut memberi penghormatan kepada kakitangan perubatan yang telah cuba menyelamatkan anaknya dan membantu melahirkan anak kembarnya (perempuan).

“Dengan rasa sedih, kami umumkan bahawa bayi lelaki kami telah meninggal dunia. Ia adalah kesakitan yang paling teruk yang boleh dirasai oleh mana-mana ibu bapa,” katanya.

Malah, dengan kelahiran bayi perempuan berkenaan, Ronaldo menyifatkan perkara itu dapat memberi kekuatan kepada mereka untuk menjalani kehidupan dengan sedikit kebahagian.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada doktor dan jururawat atas semua penjagaan dan sokongan pakar mereka.

“Kami semua sedih dengan kehilangan ini dan mohon privasi untuk masa kini. Bayi lelaki kami adalah ‘malaikat’ kami. Kami akan sentiasa menyayangi ‘awak’,” tambahnya.

Sumber: The Mirror

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.