Siakap Keli
Gambar: Twitter via Suara.com

Warga Indonesia Tuntut Permohonan Maaf Lelaki ‘Mengata’ Pakaian Batik

Warga Indonesia Tuntut Permohonan Maaf Lelaki ‘Mengata’ Pakaian Batik

Kecoh di Twitter selepas seorang lelaki warga Britain dilapor mengeluarkan perkataan jelik terhadap pakaian batik yang dipakai oleh pemimpin dunia pada majlis makan malam G20 Bali Summit di Indonesia, lapor Suara.com.

Difahamkan makan malam gala Konferensi G20 itu diadakan pada Selasa 15 November lalu di Bali. Sebahagian besar delegasi dan pemimpin negara mengenakan kemeja dan busana batik bagi menghormati Indonesia sebagai negara tuan rumah.

Bagaimanapun seorang individu warga Britain dalam satu ciapannya di Twitter mengkritik pakaian tersebut sebagai ‘idiot’, termasuklah orang-orang yang berada dalam gambar yang dimuat naik olehnya.

Ciapan itu dimuat naik bersama sekeping gambar Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan bersama empat lagi delegasi luar negara yang sedang berbincang. Keempat-empat mereka mengenakan kemeja panjang motif batik asal Bali.

“What on earth are these idiots wearing?” tulisnya dalam ciapan itu.

Gambar: Twitter via Suara.com

Bagaimanapun ciapannya itu tular dan menjadi tumpuan netizen sehinggalah ia tiba ke pengetahuan rakyat Indonesia sendiri.

Menyedari pakaian tradisi bangsa dikritik sebegitu, ciapan individu tersebut mula disebarkan dan turut menerima kecaman oleh kebanyakan netizen Indonesia.

Ciapan itu kemudiannya dipadam selang beberapa minit ia dimuat naik. Namun beberapa pengguna media sosial tersebut berjaya menangkap layar ciapan berkenaan sebelum dipadam olehnya.

Akaun individu tersebut juga dibanjiri dengan komentar daripada warga Indonesia yang berang dengan kenyataan muat naik ciapan berkenaan.

Tidak hanya kecewa dengan kenyataan itu, malah warga Indonesia juga meminta permohonan maaf daripada individu tersebut.

Tidak kurang juga tindakan provokasi turut diberikan kepada individu itu untuk menunjukkan kekuatan penyatuan hati warga Indonesia dalam ‘membela’ pakaian tradisi mereka.

Bahkan ada beberapa komen ditinggalkan yang merancang untuk melaporkan akaun YouTube lelaki tersebut.

“Sekalian report akaun YouTubenya,” tulis seorang pengguna Twitter.

Sumber: Suara.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.