Pilihan Raya Parlimen Padang Serai Tidak Akan Diadakan Esok – SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya pada hari telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan Pilihan Raya bagi Parlimen P017 Padang Serai yang perlu diadakan semula.
“Pilihan Raya Parlimen Padang Serai perlu diadakan semula, namun ianya tidak akan diadakan esok, 19 November,” kata pengerusi SPR dalam kenyataan tersebut.
Kenyataan itu dikeluarkan berhubung selepas kematian calon Pakatan Harapan, Karupaiya A/L Mutusami beberapa hari lepas.
Dalam mesyuarat khas yang diadakan SPR pada hari ini, suruhanjaya itu telah menetapkan bahawa satu PRU ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P017 Padang Serai perlu diadakan semula.
Oleh yang demikian, pengundian di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P017 Padang Serai tidak akan diadakan pada 19 November ini.
Bagi menjalankan pemilihan yang benar-benar adil, SPR pada hari ini telah menetapkan beberapa tarikh penting berhubung PRU ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P017 Padang Serai.
Bagi hari penamaan calon Parlimen Padang Serai akan diadakan pada 24 November ini. Bagi tarikh mengundi awal pula SPR telah menetapkan pada 3 Disember manakal bagi tarikh hari mengundi pula pada 7 Disember.
Tempoh berkempen ditetapkan selama 13 hari bermula selepas tempoh pengisytiharaan calon-calon yang bertanding 24 November.
Bagi urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negara secara talian akan dibuka pada 18 November dan ditutup pada 22 November.
SPR juga telah melantik YBhg. Dato’ Haji Abdul Bari bin Abdullah, Pegawai Daerah Kulim sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan akan dibantu oleh enam orang Penolong Pegawai Pengurus.
Selain itu, SPR juga dikatakan akan melantik seramai 2,468 petugas bagi mengendalikan proses PRU ke-15 Bahagian Pilihan Raya Parlimen P017 Padang Serai. Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 47 buah dengan 232 tempat mengundi.
Peruntukan bagi proses pilihan raya Parlimen Padang Serai dianggarkan memerlukan peruntukan sebanyak RM 1.6 juta.
BACA: Profesor Di UNITEN, Dr M A Hannan Diiktiraf Saintis Paling Berpengaruh Dunia