Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

UNITEN dalam kenyataan hari ini berkata pengiktirafan itu berdasarkan penerbitan kajiannya yang signifikan dalam bidang kejuruteraan tenaga boleh diperbaharui serta tersenarai dalam kedudukan teratas satu peratus sitasi dalam tempoh 11 tahun dari Januari 2011 hingga Disember 2021.
“Prof Dr M A Hannan secara konsisten telah menerbitkan 255 artikel yang diindeks Web of Science dengan jumlah sitasi 7,911.
“Beliau merupakan antara penyelidik terhebat dari 69 negara yang mendapat pengiktirafan tersebut,” menurut kenyataan itu.
Naib Canselor UNITEN Profesor Dr Noor Azuan Abu Osman berkata kejayaan itu meletakkan UNITEN di persada global dalam kecemerlangan penyelidikan saintifik yang membawa kebanggaan kepada universiti dan negara.
Sumber: Bernama