Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hebat, Profesor UKM Tersenarai Dalam Kelompok 2 Peratus Saintis Teratas Dunia

Profesor UKM
Kredit: Anwar Ibrahim

Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee, mencipta pencapaian membanggakan apabila tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengiktirafan tersebut bukan sahaja mencerminkan kecemerlangan dan sumbangan beliau dalam bidang ilmu, malah turut mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Anwar turut menzahirkan ucapan tahniah kepada ahli akademik berkenaan atas kejayaan yang diraih.

“Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara,” katanya.

Intipati
  • Profesor Dr. Kuik Cheng-Chwee tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia 2026.
  • Anwar Ibrahim menyifatkan pengiktirafan itu mencerminkan kecemerlangan ilmu dan sumbangan akademik beliau.
  • Perdana Menteri berharap kejayaan itu menyemarakkan budaya ilmu dan tradisi penyelidikan negara.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan