Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Fadhlina Bangga Persembahan ‘Human Graphic’ 1,500 Murid Meriahkan Hari Kebangsaan

GRAPHIC
Kredit: Facebook Fadhlina Sidek

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga pendidik dan murid yang terlibat dalam menjayakan persembahan ‘Human Graphic’ sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dataran Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, komitmen serta semangat ditunjukkan semua peserta sepanjang menjayakan persembahan berkenaan amat membanggakan dan menyentuh hatinya.

“Terima kasih anak-anak dan seluruh warga pendidik atas komitmen luar biasa menjayakan persembahan ‘Human Graphic’.

“Bangga. Terharu. Terima kasih kerana memberikan yang terbaik untuk Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, seramai 1,500 murid mengambil bahagian dalam persembahan ‘Human Graphic’ bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya.

Jurulatih Utama Segmen Human Graphic Kementerian Pendidikan, Nur Haslim Dawid Ahmad Suiduddin Muhammad berkata, cabaran utama dalam menjayakan persembahan itu adalah menggabungkan murid daripada pelbagai sekolah yang mempunyai tahap kebolehan serta pengalaman berbeza.

Menurutnya, usaha menyatukan kesemua peserta memerlukan komitmen dan kerjasama yang baik bagi memastikan formasi manusia dapat dipersembahkan dengan lancar.

Intipati
  • Fadhlina Sidek menghargai komitmen murid dan pendidik dalam persembahan ‘Human Graphic’.
  • Seramai 1,500 murid menyertai persembahan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026.
  • Jurulatih utama berkata cabaran utama ialah menyatukan peserta daripada pelbagai sekolah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan