Siakap Keli
Kredit: Bernama

PRU15: Tambang Percuma Esok Untuk Semua Rangkaian Rel & Bas Rapid KL, Penang & Kuantan

Rakyat Malaysia boleh menikmati tambang percuma bagi rangkaian perkhidmatan pengangkutan awam Prasarana pada hari PRU15 esok.

Bersempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15),  pihak Prasarana Malaysia Berhad yang dikenali sebagai Prasarana akan memberikan tambang percuma untuk sepanjang hari  bagi semua perkhidmatan di bawah kendaliannya pada Sabtu ini.

Difahamkan, tambang percuma ini akan meliputi semua perkhidmatan yang ditawarkan oleh Rapid KL, Rapid Penang dan Rapid Kuantan, merangkumi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT), Monorel, Transit Aliran Bas (BRT) atau bas henti-henti.

Kredit: Twitter

Dengan pengumuman yang dibuat oleh Prasarana selaku pengendali perkhidmatan rel dan bas utama negara, ia dijangka akan memudahkan pergerakan rakyat Malaysia untuk keluar mengundi demi menyahut seruan demokrasi di negara kita.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh tekan pada pautan di sebelah: https://myrapid.com.my/tambang-percuma-pada-hari-mengundi/

Sumber: AskRapidKL via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma