11 Pusat Mengundi di Parlimen P.220 Baram digantung kerana keadaan cuaca teruk
Proses pengundian di 11 Pusat Mengundi di Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.220 Baram terpaksa digantung berikutan keadaan cuaca yang tidak baik.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keadaan cuaca yang tidak baik itu menyebabkan petugas SPR tidak dapat sampai ke tempat bertugas sama ada melalui laluan udara, darat mahupun air.
Antara 11 Pusat Mengundi tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Long Naah, Sekolah Kebangsaan Long Luteng, RH TK Mathew Belulok Lao Kampung Lepo Gah, Sekolah Kebangsaan Long Sait, Sekolah Kebangsaan Long Tungan, Sekolah Kebangsaan Long Moh, Sekolah Kebangsaan Long Mekabar, Sekolah Kebangsaan Long Jekitan, Sekolah Kebangsaan Long Lamei, Sekolah Kebangsaan Long Lamei, Sekolah Kebangsaan Lio Mato dan terakhir Sekolah Kebangsaan Long Banga.
Tarikh baharu pengundian bagi Pusat Mengundi dan Tempat Mengundi (Saluran) akan dimaklumkan kelak setelah keadaan selamat untuk petugas dan pengundi sampai ke pusat mengundi tersebut bagi menjalankan tanggungjawab mengundi.
Sumber: Bernama