Siakap Keli
Kredit BERNAMA

Malaysia Negara Ke-3 Paling Mahir Bahasa Inggeris Di Asia

Malaysia duduki tempat ke-3 dalam negara paling mahir Bahasa Inggeris di Asia 

Malaysia menduduki tangga ke-3 di Asia dalam kaji selidik baru-baru ini yang menguji tahap kemahiran penguasaan bahasa Inggeris di negara-negara seluruh dunia.

Menurut laman berita Mothership, tinjauan yang dibuat oleh EF Education First sebuah syarikat pendidikan Sweden telah menganalisis keputusan bagi 2.1 juta orang yang bukan penutur asli bahasa tersebut.

Tinjauan itu dibuat berdasarkan ujian Bahasa Inggeris EF SET mereka yang dikeluarkan pada tahun 2021 merentasi sebanyak 111 negara dan wilayah.

Dalam senarai tersebut, EF English Proficiency Index (EF EPI) 2022 telah membahagikan senarai itu berdasarkan dua kumpulan berbeza. Kumpulan yang pertama ialah “Very high proficiency” dan kedua “very low proficiency”.

Negara yang berada dalam senarai kumpulan “Very high proficiency” di tangga teratas adalah dari Belanda dan diikuti Singapura dan Austria.

Filipina, Malaysia dan Hong Kong pula berada dalam kumpulan “kemahiran tinggi” dan masing-masing berada di kedudukan 22, 24 dan 31.

Manakala Yaman, Republik Demokratik Congo dan Laos berada di dalam senarai kumpulan di kedudukan yang terbawah dari semua negara dan wilayah yang disenaraikan.

Kredit EF EPI

Walaupun berada di kedudukan ke-24 dalam ranking keseluruhan, Malaysia merupakan negara top 3 penguasaan Bahasa Inggeris terbaik Asia. Di tempat pertama ialah Singapura dan kedua berjaya diduduki oleh negara Filipina.

Kredit EF EPI

Negara yang berada dalam senarai Indeks Kemahiran Bahasa Inggeris EF 2022 diambil berdasarkan pengutan markah. Ini dikira apabila peserta mengambil ujian bahasa Inggeris adaptif dalam talian untuk kemahiran membaca dan mendengar yang dipanggil EF SET.

“Ujian berskor objektif yang standard direka untuk mengklasifikasikan kebolehan bahasa calon dalam salah satu daripada enam tahap yang ditubuhkan oleh Common European Framework of Reference (CEFR),” tulis kenyataan EF.

“Di bahagian dunia yang penggunaan Internet adalah rendah, kami menjangkakan kesan format dalam talian akan menjadi kuat. Persampelan ini berat sebelah dan akan cenderung untuk mereka yang mempunyai kelebihan capaian internet dan mengecualikan bagi mereka yang dari keluarga miskin dan kurang berpendidikan,” sambung kenyataan itu lagi.

Sumber: Mothership, EF EPI

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka