Notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat- Agensi Pengurusan Bencana Negara
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri pada hari ini telah mengeluargkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat bagi 12 negeri di Malaysia.
Negeri yang pertama dalam senarai itu ialah Johor di daerah Batu Pahat, Johor Bahru, Kluang, Kota Tinggi, Mersing dan Muar. Seterusnya, di Kedah pula melibatkan daerah Kota Setar, Kuala Muda, Kubang Pasu, Kulim dan Pendang.
Manakala di Kelantan daerah-daerah yang terlibat dengan notis tersebut adalah Bachok, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh dan Tanah Merah.

Seterusnya ialah Melaka yang melibatkan beberapa daerah seperti Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah. Bagi negeri Pahang pula daerah yang kemungkinan terlibat ialah Bentong, Bera, Kuantan, Maran, Rompin dan Temerloh.
Di Terengganu pula, hanya dua daerah sahaja terlibat iaitu daerah Besut dan Kemaman. Bagi negeri Perlis pula daerah yang terlibat ialah Arau, Kangar dan Padang Besar.

Selain itu, Perak pula antara daerah yang kemungkinan terlibat ialah daerah Hilir Perak, Kerian, Larut, Matang & Selama dan Manjung. Bagi negeri Pulau Pinang antara daerah yang terlibat ialah Barat Daya, Seberang Perai Selatan, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara dan Timur Laut.
Di Selangor beberapa daerah seperti Klang, Kuala Langat, Kuala Selangor, Petaling dan Sepang juga mungkin akan berlaku banjir kilat.
Bagi Sarawak pula beberapa daerah seperti di Bahagian Bintulu, Bahagian Limbang, Bahagian Miri, Bahagian Samarahan dan Bahagian Serian. Negeri yang terakhir yang tersenarai dalam notis tersebut adalah Sabah melibatkan beberapa daerah yang berkemungkinan berlaku banjir kilat seperti di daerah Beaufort dan Penampang.

Diharap dengan notis yang dikeluarkan ini dapat menjadi peringatan awal kepada mereka yang berada di kawasan yang dinyatakan berkemungkinannya terjadi kejadian banjir kilat ini. Ingat sentiasa waspada dengan persekitaran dan paras air persekitaran kawasan anda tinggal.
Sumber: Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri