Siakap Keli

“BN Anggap Keputusan PRU15 Isyarat Besar Rakyat Buat Kami” – Zahid Hamidi

“BN Anggap Keputusan PRU15 Isyarat Besar Rakyat Buat Kami” – Zahid Hamidi

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam satu kenyataan yang dimuat naik sebentar tadi memaklumkan bahawa BN menerima dan menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat menerusi Pilihan Raya Umum (PRU15) yang diadakan hari ini.

Katanya lagi, BN menganggap keputusan yang ditunjukkan merupakan satu isyarat besar yang diberikan kepada gabungan parti yang pernah memerintah Malaysia selama lebih 60 tahun itu.

“Namun begitu, BN akan terus komited terus sumbangan dalam melihat sebuah kerajaan yang stabil dapat diwujudkan, kami bersedia mengetepikan perbedaan sentimen kami sebelum ini.

“BN sentiasa komited untuk melihat hubungan antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kami bersedia menjadi jambatan mengukuhkan hubungan ini,” katanya lagi.

Dalam pada masa yang sama juga, BN katanya akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk memulihkan kembali kekuatan parti, terutamanya bagi mendepani cabaran semasa dan memahami keperluan generasi baharu.

BN menyaksikan beberapa calon seniornya tewas di kerusi masing-masing dalam PRU kali ini. Antara yang tewas adalah Mahadzir Khalid dan Tengku Razaleigh.

Malah, prestasi keseluruhan BN juga dilihat tidak berapa baik apabila gagal memenangi banyak kerusi dan ketinggalan dalam kiraan jumlah kerusi yang dimenangi gabungan parti-parti yang bertanding dalam PRU15.

Namun, pada masa yang sama, beberapa calon BN juga berjaya mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan beberapa nama popular daripada parti lawan. Antaranya berjaya merampas kerusi Parlimen Simpang Renggam daripada calon PH, Maszlee Malik serta Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang menewaskan seorang lagi calon PH, Khalid Samad di Parlimen Titiwangsa.

BACA: RASMI PRU15: GPS Menang Lima, BN & PN Menang Satu Kerusi Setakat Ini

Sumber: BN

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.