Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Agong Bagi Makanan Kepada Petugas Media Di Luar Istana

Nurhanis
agong beri makanan petugas media
Gambar: BERNAMA

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bertemu dan menyumbangkan makanan kepada pengamal-pengamal media yang ‘berkampung’ di Pintu 2, Istana Negara sejak pagi tadi, pada Isnin, lapor Bernama.

Difahamkan, baginda YDPA hadir menyantuni para petugas media bersama beberapa pegawainya kira-kira 1 petang tadi.

Bungkusan makanan telah diserahkan kepada mereka yang bertungkus-lumus bekerja membuat liputan berkaitan pembentukan kerajaan sejak pagi tadi.

Terdahulu, baginda YDPA telah memperkenan supaya proses bagi ketua parti-parti politik dan gabungan parti-parti politik mengemukakan gabungan parti-parti politik pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi pembentukan kerajaan baharu dan pencalonan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 dilanjutkan sehirgga jam 2.00 petang esok.

Perkara tersebut dibuat selepas wakil parti politik memohon tempoh penyerahan Surat Akuan Bersumpah kepada YDPA dilanjutkan bagi membolehkan rundingan bersama gabungan lain diadakan dalam membentuk Kerajaan Persekutuan.

Sumber: Bernama