Lebih 50 Orang Dilapor Terkorban, Ratusan Cedera Dalam Kejadian Gempa Bumi Di Jawa Barat
INDONESIA – Sekurang-kurangnya 56 orang terkorban dan 700 orang cedera selepas gempa bumi berukuran 5.6 skala Richter melanda negara berkenaan pada jam kira-kira 1 petang tadi.
Memetik laporan Daily Mail, gegaran tersebut melanda Jawa Barat berhampiran wilayah Cianjur, kira-kira 45 batu di selatan ibu kota Jakarta.
Dalam pada itu, Ketua Pentadbiran Cianjur, Herman Suherman menjelaskan bahawa maklumat awal yang diperolehi olehnya menunjukkan hampir 20 orang terkorban dan sekurang-kurangnya 300 orang sedang dirawat di sebuah hospital.
“Kebanyakan daripada mereka mengalami keretakan akibat terperangkap dalam runtuhan bangunan,” jelas pihaknya lagi.

Dalam masa yang sama, laporan tambahan menyatakan bahawa tanah runtuh turut dilihat berlaku dan ratusan lagi telah mengalami kecederaan.
Susulan itu, angka kematian dijangka akan terus bertambah.
Beberapa bangunan turut dilaporkan musnah termasuk hospital, sekolah berasrama penuh serta kemudahan awam yang lain.

Ketua Agensi Meteorologi Indonesia, Dwikorita Karnawat turut menyeru orang ramai supaya menjauhi bangunan-bangunan berdekatan bagi melindungi mereka daripada gempa susulan yang mungkin bakal berlaku.
Sementara itu, seorang penduduk Jakarta Selatan menceritakan bahawa dia dan rakan sekerjanya memutuskan untuk keluar dari pejabat mereka di tingkat sembilan dengan menggunakan tangga kecemasan apabila gempa tersebut melanda kawasan mereka.
Bukan itu sahaja, seorang lagi mangsa turut menceritakan pengalamannya ketika merasai gegaran tersebut.
“Saya sedang bekerja apabila lantai terasa bergegar. Gegaran itu dapat dirasai dengan jelas dan saya cuba untuk memproses apa yang sedang berlaku, namun gegaran tersebut menjadi lebih kuat.
“Saya berasa agak pening dan kaki juga terasa sedikit kejang kerana terpaksa berjalan ke bawah dari tingkat 14,” jelas pihaknya.
Difahamkan, negara tersebut berisiko terdedah kepada gempa bumi dan gunung berapi kerana ia terletak di Ring Of Fire yang terkenal, iaitu di sekitar pinggir lautan Pasifik.
National Geographic turut menganggarkan bahawa sekitar 90% daripada gempa bumi telah berlaku di sepanjang kawasan tersebut dan seramai 100 orang telah mati pada Januari 2021 apabila gempa bumi berukuran 6.2 skala Richter melanda pulau Sulawesi.
Terdahulu, pada bulan Februari, seramai 25 orang dilapor maut dan lebih 460 cedera apabila gegaran 6.2 magnitud melanda Sumatera Barat.
Huge Earthquake in Indonesia Jakarta..
#Earthquake #Indonesia #Jakarta #EarthquakeinIndonesia #Earthquake pic.twitter.com/qmFQkoAJjW— tv24 networks (@Tv24networks) November 21, 2022
Gempa bumi berukuran 5.6 pada skala Richter menggegarkan wilayah barat Indonesia di Jawa Barat pada Isnin dan gegaran kuat dirasai di Jakarta hingga mencetuskan panik, menurut agensi meteorologi, klimatologi dan geofizik negara itu.#GempaBumi #Indonesia #VideoBernama pic.twitter.com/OqYpUwgbiX
— BERNAMA (@bernamadotcom) November 21, 2022
Gempa bumi berkekuatan magnitudo 5,6 mengguncang wilayah Cianjur, Jawa barat pada Senin (21/11) siang. BMKG mengatakan gempa tersebut tidak berpotensi tsunami, hingga pukul 14.00 WIB BMKG mencatat telah terjadi 15 kali gempa susulan. https://t.co/JSXbTKu8Zp #CNNIndonesia pic.twitter.com/mvssjfIPgh
— CNN Indonesia (@CNNIndonesia) November 21, 2022
Sumber: Daily Mail