Siakap Keli
agong seru rakyat pemimpin terima keputusan
Gambar: BERNAMA

Bersabar, Biar Saya Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat – YDP Agong

Bersabar, Biar Saya Buat Keputusan Dalam Masa Terdekat – YDP Agong

Pemimpin parti-parti politik diminta untuk menerima keputusan pemilihan gabungan dengan berlapang dada berhubung dengan pembentukan kerajaan.

Demikian titah oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semasa turun menyantuni para petugas media di Pintu 2 Istana Negara.

Ditanya mengenai penerimaan Surat Akuan Berkanun, baginda turut menyeru rakyat untuk bersabar menunggu keputusan penuh mengenai gabungan parti yang akan terbina membentuk kerajaan selepas ini.

“Bersabar, tunggu keputusan, wakil-wakil rakyat dan terima keputusan Yang di-pertuan Agong.

“Kita perlu bergerak ke hadapan, untuk negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Dalam pada itu, baginda juga memohon untuk diberi masa dalam membuat pemilihan mengenai gabungan parti yang akan memegang mandat rakyat untuk lima tahun akan datang.

“Biar saya buat keputusan dalam masa terdekat,” ujarnya semasa ditemui pemberita.

Sumber: BERNAMA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana