Siakap Keli

Gempa Bumi Di Indonesia, 162 Terkorban Dan Lebih 13,000 Orang Hilang Tempat Tinggal

Gempa Bumi Di Indonesia, 162 Terkorban

Seramai 162 orang telah terkorban dalam gempa bumi yang mengegarkan wilayah Kabupaten, Cianjur, Indonesia pada Isnin, (21 November), pada pukul 9 pagi.

Gabenor Jawa Barat, Ridwan Kamil berkata jumlah korban gempa bumi telah meningkat kepada 162 orang daripada data yang diperolehinya daripada Badan Penanggulan Bencana Daerah (BPBD) Cianjur.

Menurut BBC Indonesia, gempa bumi tersebut berkekuatan 5.6 magnitud dan disusuli beberapa gegaran. Malah, gegeran yang dikategorikan ‘paling teruk’ berlaku dalam tempoh 10-15 saat di Cianjur.

Ekoran daripada itu, seramai 362 orang mengalami kecederaan (termasuk cedera ringan dan parah), 2,345 rumah yang rosak dan 13,400 orang kehilangan tempat tinggal disebabkan bencana itu.

Menerusi laman rasmi Instagramnya, @ridwankamil berkata, “88 kali gegaran susulan berlaku pada skala 1.5 hingga 4.8 pada skala Richter.

Dalam perkongsian yang sama, beliau juga mendedahkan bahawa hanya 20 peratus daripada bekalan elektrik dihidupkan dan dianggangarkan akan kembali normal dalam tempoh tiga hari.

“Semua alat kelengkapan sudah disediakan. Dalam beberapa jam, mereka akan membina hospital kecemasan, membersihkan tanah runtuh yang menghalang jalan, menyediakan khemah pemindahan dan dapur awam.

“Jentera berat telah disediakan untuk menimbus rumah-rumah yang masih terperangkap akibat runtuhan pada keesokannya. Tolong doakan.” tambahnya.

Sementara itu, beliau juga meminta semua maklumat dan bantuan diselaraskan di pos bencana di Balai Besar Pemangku Raja Cianjur.

BACA: Dua Maut, Enam Cedera Kemalangan Dekat Sungai Buloh

Sumber: CNN Indonesia

 

Florence Nuar

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.