Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

GPS Serah Kepada Kebijaksanaan YDP Agong Lantik PM Ketuai Kerajaan

Nurhanis
GPS serah kebijkasanaan kepada agong memilih PM
Gambar: BERNAMA

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan kebijaksaan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk melantik Perdana Menteri yang ke-10 mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda dalam Perlembagaan Malaysia.

Difahamkan, GPS telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan daripada gabungan yang terdiri daripada Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

“Memandangkan kepada kemelut politik di Semenanjung Malaysia, GPS berpendirian bahawa mandat rakyat hendaklah dihormati.

“GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan hari Selasa.

https://www.facebook.com/BernamaTV/photos/a.687990784554482/5995948713758636/

Sumber: BERNAMA