Siakap Keli
Gambar: Live Astro Awani

Masih Tiada Ketetapan, Bagi Agong Masa – Anwar

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengatakan bahawa masih tiada keputusan berhubung jawatan Perdana Menteri Malaysia seterusnya.

“Setelah menerima baik dan semangat kerajaan perpaduan, maka saya berpandangan, kita bagi masa sedikit buat kami dan ke bawah duli Tuanku untuk memberi pertimbangan untuk putuskan secara muktamad,” katanya.

Dalam masa sama, beliau turut menjelaskan bahawa setakat ini masih belum ada apa-apa keputusan rasmi.

“Tiada apa apa keputusan dibuat YDP Agong berkaitan pelantikan Perdana Menteri atau penubuhan kerajaan persekutuan setakat ini termasuk laporan tular berkaitan pelantikan Perdana Menteri Sementara.

“Kita minta pertimbangan agong untuk memutuskan sebaiknya,” katanya.

Ditanya mengenai nama calon PM baharu, beliau menjawab “Setakat ini bagi pihak kita adalah Anwar Ibrahim,” katanya.

Berita lanjut menyusul.

 

Sumber: Siaran Langsung Facebook Anwar Ibrahim

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?