PAS Beri Amaran “Tidak Menangguk Di Air Yang Keruh dan Jangan Sesekali Dijolok Sarang Tebuan”
Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang menyeru semua pihak menghormati keputusan pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berlangsung secara harmoni.
Abdul Hadi berkata dalam kenyataan hari ini, negara kini sedang melalui fasa penting pembentukan kerajaan melalui proses Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan.
“Justeru PAS menyeru semua pihak untuk menjunjung keluhuran Perlembagaan, menghormati keutuhan undang-undang dan memelihara ketenteraman awam, serta menghalang sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat keharmonian dalam negara.
“PAS menegaskan untuk memelihara kestabilan politik dan ekonomi dalam negara dan seterusnya memberi amaran kepada mana-mana pihak supaya ‘tidak menangguk di air yang keruh dan jangan sesekali dijolok sarang tebuan’, demi menjaga kepentingan negara dan rakyat keseluruhannya,”
Terdahulu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kenyataan berkata partinya menyerahkan kebijaksaan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk melantik Perdana Menteri yang ke-10 mengikut kuasa yang diperuntukkan kepada Baginda dalam Perlembagaan Malaysia.
BACA: GPS Serah Kepada Kebijaksanaan YDP Agong Lantik PM Ketuai Kerajaan
https://www.facebook.com/abdulhadiawang/posts/pfbid02htmYQU1e5uk1Mhp7Z4TUmNW4w1hji9m5tFDtfA6vWMFi3mSxmh7da9HWwrGV6a6il
Sumber: Abdul Hadi Awang via Facebook